When You Lost Your Way To Allah You Should Turn..As HE Promise HE will Always Be There

Saturday, October 6, 2012

~Rahmat Ujian~

..Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

..Selawat dan salam buat junjungan Nabi S.A.W..




……..dipetik dari Novel Tauhid, Sebarkan Cinta-Mu karya Fatimah Syarha Mohd Noordin.


“Anakku sayang..membanding-bandingkan tidak akan menambahkan kegembiraan. Ia hanya menambahkan derita. Positif dengan ujian dan terus memasang harapan, itu yang akan membahagiakan. Dalam hidup ini kita akan berhadapan dengan ramai orang yang tidak seperti kita harapkan,” kata Ibu Dhiya’.

“Mengapa begitu?” Diranie peming memikirkan hikmah hidup.

“Supaya kita belajar erti memahami, erti mendoakan,erti menyelesaikan, erti meningkatkan diri kita dan diri orang lain. Hanya ada satu kuasa cinta yang dapat memujuk dan memahami kita saat menghadapi ujian ini, tidak lain tidak bukan Allah SWT,” jawab Ibu Dhiya’.

Diranie dan Sarra sama-sama mengangguk. Masing-masing jauh menyelam ke dalam realiti hidup masing-masing.

“Ibu Dhiya’, saya tidak faham, sekiranya Allah sayangkan kita, mengapa dia menguji kita?” Luah Diranie.

“Jika Allah tidak menguji, bagaimana dia akan memberikan bukti kepada kita, siapa yang layak mendapat kedudukan tinggi dan sebaliknya di akhirat nanti?hidup tanpa ujian ibarat belajar tanpa peperiksaan. Semua orang akan bersikap sambil lewa dan sukar mengenal pasti siapa yang berkualiti dan siapa tidak,” jawab Ibu Dhiya’.

..kisah di atas banyak memberi kesedaran bahawa ujian dari Allah swt adalah tarbiyyah buat hamba-hambanya yang terpilih..supaya hati kita kuat dan terus tabah menempuh hidup..dan tatkala hadir resah dalam hati menguji kesabaran dan keimanan…


“..Lupakah kamu pada pesan Nabi yang sangat mengiburkan, ‘Barangsiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan kedukaannya, menyelesaikan semua masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.’



Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma,
Itu jelasnya membuktikan
 Allah mengasihimu setiap masa…
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya…

~Rahmat Ujian-Mestica~





No comments:

::MUTIARA HIKMAH::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::PENGUNJUNG SETIA::