When You Lost Your Way To Allah You Should Turn..As HE Promise HE will Always Be There

Monday, April 26, 2010

الكِفَاحُ لِلْحَيَاةِ..



..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

..Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W..

..ingatan utk diri ini dan sahabat-sahabiah..


Sahabatku..

Dulu semalam dan hari ini..
kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH..,
Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan..
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya:
Apa yang harus ku lakukan utk menebus kelelahan umat ini?

Jawabku bukankah engkau adalah da'ie dan mujahid??
Katamu lagi: Tapi langkahku terlalu lmbt...
Jawabku, kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu..
Mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan...

Pada hari itu, amalmu terbentang tubuhmu terbuka.. Apakah di sana ada bekalmu..

"Pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api,..
andai terus digenggam hancur luluh jiwanya..
Namun andai dlepaskan hancurlah dunia.. Jangan takut untuk berjuang kerana orang-orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian..
Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang yang sabar.. Kita hidup untuk perjuangn dan mati untuk kehidupan.. Syurga impian..."

-Imam Nawawi-


'Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman' - Surah ali-Imran : 139

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang Yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(surah Al-Baqarah 2: 218)





Bila kau bergelar DAIE.. Kau wajib sedar bahawa jiwa kau tak boleh lama menjadi REMAJA.. Bak kata AL BANNA.. "Tanggungjawab melebihi masa yang ada" dan tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat menDEWASAkan kau.. Tapi cukupkah jika sekadar menerima tarbiyyah? Sampaikanlah pada yang lain.. Bangunlah wahai SYABAB.. Sedarlah wahai FATA.. Kalian bukan memulakan perjuangan.. Tapi kalian adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan.. Bangkitlah wahai sahabatku.. Semoga usaha kalian diberkati Yang Maha Esa..Salam Jihad dan Salam perjuangan..~



IBNU 'ARABI:

Satu kalimah Cinta.: "Adinu bi diinil Hubbi aina tawajjahat; nakaaibu-hu fal hubbu diinii wal Imani"

"Saya memeluk Agama Cinta,Ke mana saja pun kenderaanku m'hadap Cinta adalah Agamaku, Cinta adalah Imanku"

"IRJI'I ILA RABBIKI RADLIYATAN"

MAKSUDNYA: " Kembalilah kpd TUHANMU dgn redha dan diredhai"

Rindu,Cinta dan Rela.

dan tidak pernah putus.

tidak putus..

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a):

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

(surah Al-Baqarah 2:286)





Friday, April 23, 2010

::THANK YOU ALLAH::


..Dengan Nama Allah lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

..Selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad S.AW..

..salam ukhuwah fillah..

sekadar kata-kata semangat untuk diri ini dan sahabat semua supaya terus berusaha.. :)

"While people sleep, we work. While people work, we work ahead,"

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."
(Surah Ghafir ayat 60)

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa yang diusahakan."
(Surah Al-Baqarah: 286)

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."
(SurahAr-Ra'ad :ayat 11)

"Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar." (Surah al Baqarah ayat 155)

Jgn biarkan kita memerlukan dunia tapi dunia yg memerlukan kita .....:)

~dedikasi dari seorang sahabat~

syukran..

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا بَدِيْعُ السَّمَٰوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا ﷲُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْـأَلُكَ أَنْ تُحْيِيَ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِـيْنَ

“Ya Allah, Tuhan Yang Maha Hidup yang Berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Mulia, Ya Allah, Tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada-Mu semoga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah-Mu, Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”

~Carilah hikmah disebalik ujian yang menimpa, bukanlah mengambil alasan semata-mata untuk bputus asa..Selamilah apa yg tersiratnya utk menguatkan semangat diri, bukan sebagai alasan melemahkan diri..Kerana ujian itu mematangkan diri, bukanlah sebagai bebanan dunia tanpa nilai disisi..Kerna Allah jadikan sesuatu, masa kan ia hanya sia-sia~Setiap penciptaanNya ada nilainya tersdiri bg org yg sentiasa memikirkan dgn mata hati~

Melangkahlah dgn penuh harapan dikala jiwa sarat dgn dugaan..Maafkanlah salah silap insan walau kita yg terpaksa menanggung kesan..Senyumlah dkala hati derita kerana itu petanda tabah dijiwa, redha pada takdir-Nya.Nyatakanlah kebenaran walau dirimu terbuang..Hidupkanlah hati dgn Iman dikala dunia menuju akhir zaman, tika ramai insan terleka dgn keduniaan..Redhalah atas ketentuan kerana hidup ini hanya sekadar pinjaman.


Saturday, April 10, 2010

::SALAM IMTIHAN::


..Dengan Nama Allah Lagi Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..
..Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W..

Alhamdulillah, sudah selesai segala kerja, terutama proposal untuk tajuk latihan ilmiah..moga-moga dipermudahkan untuk meneruskan dan menyiapkan latihan ilmiah ini..doakan daku sahabat-sahabat..aminn..

Insya Allah tidak lama lagi ketibaan imtihan Nihaei yang pastinya akan menentukan masa depan ku..semoga dipermudahkan dalam menghadapi imtihan ini..sekalung ucapan salam imtihan dan doa buat sahabat-sahabat yang bakal menghadapi imtihan nihaei tidak lama lagi..sebagai peringatan dan nasihat juga buat diri ini serta semua sahabat-sahabat..jaga amal, jaga iman..banyakkan amal, berdoa di samping usaha yang kita lakukan dalam persediaan menghadapi imtihan..

sedikit perkongsian tips-tips untuk mengulangkaji pelajaran atau lebih dikenali "study":

Sebelum Peperiksaan :

• Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.

• Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti.

• Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.

• Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exan bermula.

• Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek-subjek di Universiti.

• Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam STPM 2009.

• Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.

• Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.

• Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.

• Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan Sekolah/Universiti, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang (pengalaman penulis) jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.

• Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibu bapa atau guru.

Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.

• Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.

• Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.

• Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.

• Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Qashash 28: ayat 77:

Maksudnya: "Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ".


Bismillahirrahmanirrahim…Ya Allah, berikanlah kami kesempatan waktu untuk memohon dariMu..anugerahkanlah kjeayaan dalam peperiksaan kami ini..anugerahkanlah kejayaan kepada semua rakan-rakan kami..jangan ada antara kami yang sedihnya sendirian..andai telah tulis di luh mahfuz akan kegagalan kami maka ubahlah menjadi kejayaan..Engkau yang Maha Agung, mudah-mudahan keputusan fasa ini lebih cemerlang dari sebelumnya..Kejayaan mengiringi kami..berkatilah ilmuMu kepada kami agar dapat dimanfaatkan ke jalan Mu yang di redhai..aminn...insya Allah

"..Ya ALLAH..Permudahkanlah sahabatku ini menduduki imtihan dunia-Mu, jadikan debaran dijiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhoMU, dengarilah rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmuMU.."

::MUTIARA HIKMAH::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::PENGUNJUNG SETIA::