When You Lost Your Way To Allah You Should Turn..As HE Promise HE will Always Be There

Monday, May 31, 2010

:: (LIVE) Israel Serang Konvoi GAZA::


Terkini: Ismail Haniah meminta Setiausaha Agung PBB agar campur tangan dengan memberikan perlindungan antarabangsa kepada para aktivis armada pembebasan. HAMAS menyeru kepada semua penduduk dunia agar mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel di seluruh dunia.


Perasaan bercampur baur semasa ingin mengeluar berita ini. Perasaan geram dan sedih dengan nasib yang menimpa konvoi GAZA yang telah diserang oleh tentera ISRAEL LAKNATULLAH. Mari sama-sama kita doakan semoga mereka terus diberikan kekuatan dan semangat bagi berhadapan sebarang cubaan menggagalkan misi bantuan makanan dan perubatan ke GAZA. Angka kematian setakat ini terus meningkatkepada 20 orang (menurut PRESS TV)



Begitu berani tentera Israel serang melalui perairan antarabangsa.



LIVE UPDATE : Berita Israel LAKNATULLAH serang Konvoi GAZA

Seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki “Mavi Marmara” yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui. Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.
  • 09.45 pagi, Mesir/Palestin : Penduduk Turki yang cuba merempuh bangunan konsul Israel di Istanbul kini mengepung semula bangunan konsul Israel.
  • 08.40 pagi, Mesir/Palestin : Lanun(angkatan tentera laut Israel) telah menguasai armada pembebasan dan kapal-kapal armada ditunda(dibawa) ke pelabuhan Ushdud, Israel. Maaf jika kami menggunakan istilah ‘lanun’. Berita yang sebenar tidak menyatakan lanun tetapi kami sendiri melabelkan Israel, ‘lanun’.
  • Jumlah yang korban dalam serangan Israel ke atas armada pembebasan seramai 16, manakala cedera dan luka parah dalam lingkungan 32 orang. Dinyatakan lagi, dari jumlah yang terkorban, 9 adalah Turki dan baki dari Negara Arab. Kapal-kapal yang dikuasai lanun akan tiba di pelabuhan Ushdud, Israel dalam masa dua jam lagi.
  • 08.40 pagi, Mesir/Palestin : Suasana marah di Semenanjung Gaza berikutan serangan kejam Israel ke atas armada pembebasan.
  • Menurut Timbalan Ketua Gerakan Islam 1948 Palestin, penjajah meningkatkan bantuan ketenteraan di utara Tebing Barat berikutan berita mengenai Syeikh Raed Salah yang luka parah dalam serangan Israel.
  • 8.30 pagi, Mesir/Palestin : Syeikh Raed Salah, Ketua gerakan Islam 1948 yang menyertai konvoi tersebut mengalami luka parah akibat serangan tentera penjajah.
  • 07.25 pagi, Mesir/Palestin : Duta Israel ke Turki telah dipanggil Kerajaan Turki berikutan serangan itu.
  • 07.15 pagi, Mesir/Palestin : Bot-bot perang Israel mengawal perairan pantai Gaza. Kedengaran bunyi tembakan dari bot laju penjajah.
  • 08.10 pagi, Mesir/Palestin : Setakat ini 16 mangsa korban akibat serangan Israel yang masih berterusan. (ada laporangan yang mengatakan jumlah korban meningkat ke 20)
  • 07.50 pagi, Mesir/Palestin : Beratus-ratus penduduk Turki merempuh pagar konsul Israel di Istanbul. Mereka mendesak supaya duta Israel dihalau dari Turki. Pihak polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan keselamatan berikutan tindakan rempuhan itu.
  • Mereka(penduduk Turki) yang bertekad merempuh pagar konsul Israel tidak akan meninggalkan kawasan itu selagimana aktivis-aktivis tidak pulang dengan selama. Dinyatakan, beratus-ratus tentera Israel(tidak pasti berapa) terlibat dalam operasi menyerang kapal armada pembebasan. Dua tentera penjajah mengalami kecederaan ketika melancarkan operasi itu. Bagaimanapun, wartawan menjelaskan, para aktivis terpaksa mempertahankan diri dan kapal dari dirampas. Sehingga kini, tentera Israel masih meneruskan operasinya. Dan tidak diketahui sampai bila, operasi serangan ini akan dihentikan.
  • 07.50 pagi, Mesir/Palestin : Kabinet menteri Kerajaan Palestin Gaza mengadakan perjumpaan tergempar berhubung serangan itu.
  • Tahir Nunu, jurucakap rasmi Kerajaan Palestin Gaza mengutuk keras serangan Israel ke atas kapal armada pembebasan.
  • 07.50 pagi, Mesir/Palestin : Pengawalan Israel melarang media-median Israel menyiarkan mangsa serangan di atas kapal armada pembebasan.




Menteri Perang Israel, Ehud Barak yang dikatakan mengeluarkan keputusan untuk menyerang armada pembebasan ketika perjumpaan dengan pegawai-pegawai tentera. Sehingga kini, Israel masih membisu dengan apa yang dilakukannya terhadap armada pembebasan.

::(LIVE) ISRAEL SERANG KONVOI GAZA::

KONVOI GAZA DISERANG, 2 MATI

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Mavi Marmara, Laut Tengah (10.30 pagi waktu Malaysia) Konvoi Freedom Flotilla diserang, menurut laporan televisyen di Turki, dua orang aktivis meninggal dunia, hampir 30 orang cedera.

Laman web Haluan Palestin yang memetik laporan dari live streaming IHH melaporkan bahawa dua orang yang telah meninggal dunia dan hampir 30 orang tercedera kerana serangan helikopter dari Israel.

Belum ada keterangan mengenai siapa yang terkorban dan yang tercederaa tersebut.

Serangan yang dilakukan Israel itu dilakukan saat kapal Mavi Marmara sedang berada di perairan antarabangsa.

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari KLIK SINI.

::TENTERA LAUT ISRAEL MULA KEPUNG KONVOI GAZA::


KUALA LUMPUR, 31 Mei: Konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa Gaza (Freedom Flotilla) dalam keadaan bersedia tatkala menghampiri perairan Gaza setelah dimaklumkan bahawa ada beberapa buah kapal yang dikenalpasti dari armada Angkatan Laut Israel mendekati ke arah Mavi Marmara.

Laman web Haluan Palestin yang memetik sumber melaporkan, konvoi Freedom Flotilla pada jam 7.30 pagi ini waktu Malaysia diekori oleh kapal Israel antaranya sebuah kapal selam, tiga kapal perang dan sebuah helikopter.

Namun Mavi Marmara tetap bergerak dengan berhati-hati.

Presiden IHH, menyeru agar semua negara yang prihatin untuk mendesak dan memberi tekanan kepada Israel agar membuka jalan bagi konvoi bantuan kemanusiaan memasuki Gaza. Terdapat lebih dari 50 buah negara menyertai konvoi terbesar itu.

Menurut sumber, di Turki telah diadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Israel mendesak Israel membatalkan hasrat mereka menyekat perjalanan konvoi.

Beberapa saat menjelang Maghrib, staff IHH mengumumkan kepada seluruh peserta konvoi Freedom Flotilla untuk memastikan diri mereka dalam keadaan siap sedia sebelum pukul 7 pagi ini waktu Antalya, Turki atau sekitar pukul 11 WIB.

Semua peserta diarahkan untuk menyimpan passport dan dokumen berharga masing-masing seperti dompet dalam plastik dan membawanya di badan untuk berjaga-jaga kemungkinan terpaksa berenang.

Konvoi Freedom Flotilla mengharungi laut sepanjang malam menuju Gaza. Dijangkakan bahawa keenam kapal konvoi armada kemanusiaan ini, termasuk Mavi Marmara yang terbesar, akan berhenti sekitar 40 batu dari Pantai Gaza untuk menanti hari siang kembali sebelum berusaha menembus sekatan kapal-kapal Angkatan Laut Israel.

Namun, sebagaimana dilaporkan sebelum ini, Israel telah memperluas zon ketenteraan mereka dari 20 batu kepada 68 batu di perairan laut.

Tindakan Israel menyekat bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh konvoi Freedom Flotilla adalah melanggar perundangan antarabangsa kerana yang dihadapi Israel saat ini bukanlah situasi perang melainkan sekelompok aktivis kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan yang dikenakan.

Dalam beberapa kesempatan sebelumnya, Presiden Insani Yardim Vakfi (IHH), Fahmi Bulent Yildirim menegaskan bahawa tidak ada satu pun persenjataan yang dibawa dalam kafilah Freedom Flotilla.

“Bahkan sebatang paku pun tidak,” katanya.

Semalam, para peserta menghabiskan waktu mereka dengan berzikir dan memohon pertolongan Allah. Gaza dan seluruh muka bumi ini milik Allah Subhanahu wa Ta’ala – hanya izin Allah saja yang kita minta untuk berjaya memasuki ke Gaza.



Monday, May 24, 2010

"..DI MANAKAH ABI..?


..Kisah yang sedikit sebanyak menyentuh hati ini..

..sama-sama kita hayati kisah ini..




Dalam suasana malam yang damai, gelap malam hanya diwarnai sinaran rembulan Di teratak sepi yang tidak terlalu mewah dan juga tidaklah terlalu daif tinggal di dalamnya dua orang insan yang dihimpit kesepian, sesepi teratak yang dihuni. Seorang ibu yang juga isteri yang suaminya telah di humban ke dalam tahanan ISA, tahanan tanpa proses perbicaraan yang layaknya digunapakai oleh sang penguasa di rimba raya kerana dituduh ingin menumbangkan kerajaan secara kekerasan. Namun begitu si ibu ini begitu tabah menghadapi ujian yang berat ini. Aduhai, tabahnya seorang isteri, hasil tarbiah yang telah diberikan oleh suaminya sepanjang mereka bersama dahulu. Namun sejauh manalah tabah seorang isteri yang juga seorang ibu ini bila mengenangkan si anak yang masih mentah dan belum mahu mengerti hakikat perjuangan dan sepak terajang politik, anak kecil yang terpaksa berjauhan dari kasih sayang seorang bapa. Dan bertambah pilu hati si ibu tiap kali menjelmanya pertanyaan daripada si anak yang benar-benar menyentap hati naluri seorang ibu.

"Ummi, di manakah abi, ummi? Aiman rindukan abi."

Bukan pertama kali pertanyaan ini diungkapkan oleh si anak. Namun begitu tidak pernah jemu si ibu memujuk si anak agar mengerti akan apa yang terjadi. Dengan penuh kasih sayang si ibu membelai pipi si permata suci yang menjadi teman pengubat sunyi, Jelas kelihatan getaran bibir si ibu menahan sebak dan pilu di jiwa, terasa berat untuk menerangkan tentang kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh suaminya kepada si anak.

"Aiman. Aiman sayang ummi kan? ummi kan ada. ummi masih boleh menjaga Aiman." Dalam getar suara menahan sebak, si ibu cuba sedaya upaya mencari titik-titik kekuatan, membina ketabahan jiwa agar ianya juga meresapi ke jiwa si anak yang masih 'hijau' ini.

"Aiman ingat lagi tak kisah nabi junjungan kita Muhammad SAW. Baginda menjadi yatim piatu pada umur sebaya dengan Aiman. Sedangkan Aiman masih beruntung lagi tau sebab umi masih ada untuk menjaga Aiman. Lagipun abi masih ada lagi di dunia ini. Walaupun abi tidak bersama dengan kita tapi kita masih boleh ziarah abi."

"Tapi ummi, ramai kawan-kawan Aiman kata abi orang jahat. Sebab tu abi kena tangkap dan masuk penjara. Betul ke ummi abi Aiman orang jahat?"

Tersentak ibu muda ini bila mendengar pertanyaan yang bagaikan panahan petir yang cuba hendak meruntuhkan kekuatan jiwa yang baru dibinanya sebentar tadi. Tatkala itu mengalir lesu sebutir air mata si ibu mengenangkan sampai begitu sekali silap faham masyarakat terhadap suaminya. Dia lebih mengenali suaminya yang telah lama dikenalnya sejak dari mereka bergerak dalam jemaah lagi. Suaminya adalah seorang yang tegas dalam memperjuangkan kebenaran namun dalam masa yang sama dia adalah seorang yang penyayang dan disenangi oleh sahabat-sahabat seperjuangan.

"Aiman jangan salah faham. Tak semestinya orang yang kena tangkap, orang yang masuk penjara itu adalah orang jahat, penjenayah. Aiman tahu tak? Ramai ulama-ulama terbilang seperti Imam Ibnu Hanbal, Imam Malik, Imam Syafie, Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim pada zaman dahulu telah dipenjarakan oleh pemerintah, bukan kerana mereka mencuri, bukan kerana mereka merompak, tetapi kerana mereka menyatakan kebenaran, menafikan kebatilan dan menegur kezaliman pemerintah."

"Jadi ummi, adakah abi dipenjarakan kerana abi menyatakan kebenaran?"

"Benar Aiman. Abi Aiman adalah seorang yang tegas dalam memperjuangkan kebenaran, kuat tekad dan azamnya untuk melihat tertegaknya sebuah pemerintahan islam di negara kita. Oleh sebab itulah abi tidak disenangi oleh pemerintah, lalu abi difitnah dengan tuduhan ingin menjatuhkan kerajaan dengan cara perperangan."

"Aiman minta maaf ummi sebab pertanyaan Aiman tadi buat ummi menangis. Aiman berjanji ummi, Aiman juga ingin jadi macam abi bila besar nanti. Asalkan ummi redha anak ummi ini dipenjarakan."

Sayu hati si ibu apabila mendengar azam si anak kesayangannya, agak terubat kesedihan yang dialaminya sebentar tadi.

"Sudahlah tu, dah lewat malam ni, Aiman tidurlah, esok nak sekolah. Untuk jadi seorang pejuang islam Aiman kena ada ilmu. Biar ummi dodoikan."

Tidurlah sayang

ummi dodoikan

bersama zikir mendamaikan....

Bangunmu esok

menjadi pejuang

mujahid sepanjang zaman...

Malam itu lena benar si anak dibuai alunan nasyid dan zikir dari si ibu yang bukan sekadar alunan, tetapi tersurat sejambak harapan agar si anak menjadi anak soleh yang berjiwa mujahid suatu hari nanti. Bangunnya esok mungkin akan menjelma kembali persoalan yang sama. "ummi, di manakah abi?" Entahlah, si anak yang masih 'hijau' apalah yang hendak dimengertikan...


*Cerpen ni sebenarnya adalah olahan dari lirik “Di manakah abi?”oleh kumpulan DHUAT.


rujuk sini

rujuk lagi

Monday, May 17, 2010

..::BINGKISAN RINDU BUAT GURU::..


..Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

..Selawat dan Salam buat Junjungan Nabi S.A.W..

..Alhamdulillah,diri ini berkesempatan meneruskan tinta di sini..

Syukur Alhamdulillah..pada Ya Rabbi masih memberi nafas dan dipanjangkan umur untuk terus hidup di Bumi Allah yang Barakah lagi indah..

Bingkisan Rindu ini dititipkan istimewa buat semua guru-guru terutama bagi guru-guru yang pernah mendidikku, mengasuhku, sehinggalah pada hari ini..terima kasih juga pada ibu, ayah dan abah..sahabat-sahabat seperjuanganku di Jam’iyyati..semoga kalian semua najah fidDin, dunia wal akhirah..

..tidak dilupakan pada guru-guru di TASKA ABIM (93-94), SRI ABIM KAJANG(95-2000), SAMSMEL (2001-2004), SAMBBST (2005), SAMTTAR (2006) serta di Jam’iyyati..dan juga guru-guru yang secara langsung atau tidak secara langsung yang mengajarku..(^_^)

syukran jazilan..jasa kalian akan ku kenang..


GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia,
Setiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segalanya,
Untuk manusia jadi dewasa

Dialah ibu bapa dan sahabat,
Alur kesetiaan mengalir nasihat,
Pemimpin yang ditauliah segala umat,
Seribu tahun katanya berhikmat.

Jika hari ini Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini Raja menaiki takhta,
Jika hari ini presiden sebuah negara,
jika hari ini ulama mulia,
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa,
Dengan lembut sabar,
Mengajar tulis baca.

Di mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sekolah mewah di ibu kota,
di bangunan tua di sekolah Hulu Terengganu,
Dia guru wakili seribu buku.

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya pada negara,
Jadilah apa pun pada akhirnya,
Budi yang diapung di dulang ilmu,
Panggilan keramat 'cikgu' terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

~USMAN AWANG, 1979~




..Buatmu Guru-Guru Yang disayangi..

Pernah langkah ku payah

Menuju ke destinasi

Kerana malam gelap

Dan bintang hilang kerdipnya

Menjadikan arah ku keliru

Ke timur atau ke barat


Bagai lilin membakar diri

Menerangi kegelapan hati

Kau curahkan bakti dan budi

Jasamu tiada berganti


Namun tanpa rasa payah

Dia memimpin tanganku

Melangkah satu persatu

Dan mencipta jejak impian

Menjadikan arahku jelas

Aku harus ke hadapan


Oh..aku kini rindu

Pada satu nama yang berjasa

Tuhan, beri kekuatan

Untuk mendidikku selamanya

Ku pohon restu kasih-Mu

Ampunkanlah guru-guruku


Semalam ku lihat dia

Di bibirnya ada kalimah

Yang bergetar saban waktu

Sambil tangan menggenggam lilin

Lilin yang tiada terpadam

Menerangi hidupku kini..


~ Lilin Seorang Guru, In-Team~


::MUTIARA HIKMAH::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::PENGUNJUNG SETIA::