When You Lost Your Way To Allah You Should Turn..As HE Promise HE will Always Be There

Friday, August 28, 2009

..Mari kita sama-sama "analisa" diri..(^_^)


lirik nasyid yg byk memberi byk hikmah pd diri kita semua..hayatilah bersama..
alunan dr kumpulan nasyid nostalgia..ShoutuL AmaL..
sama-samalah kita muhasabah diri...

Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

..RamadhaN KareeM..


Salam ukhuwah fillah..sekian lama tidak mengupdate blog..baru skrg b’kesempatan..alhamdulillah..

Sudah masuk hr ke-7 Ramadhan 1430H, bersamaan jumaat, 28 Ogos 2009, terasa begitu indahnya kita sebagai Hamba-Nya menikmati bulan yang penuh barokah,wa rahmah,wa maghfirah..sama-samalah kita merebut peluang, kita setting niat, upgrade iman, download sabar, delete dosa, upload doa, topup ilmu, dan akhir skali redeem pahala banyak2!! Moga-moga Allah S.W.T melimpahkan rahmat kepada kita semua bagi hamba-hamab-Nya yang sentiasa mengingatinya di kala setiap waktu, masa, minit, saat dalam setiap apa yang kita lakukan..insyaAllah..!!



Ada sedikit madah yang ingin kongsi bersama di sini..

“ Hati Dan Jiwa Jika Dekat Dengan Allah,Takkan Jadi Gundah..Kasih Dan Cinta Jika Hanya Untuk Allah, Takkan Gelisah..Rasa Dan Cinta Jika Untuk Allah, Takkan Jadi Resah..Doa Dan Harapan Jika Hanya Untuk Allah, Takkan Punah..Suka Dan Duka Adalah Cinta Allah..Sehingga Suatu Hari DIA Akan Memberi Apa Yang Kita Tidak Dapat Meneka..Moga Kita Semua Dikurniakan Yang Terbaik Di Sisi Allah..!! ”



Di antara kelebihan bulan Ramadhan ialah bulan yang paling banyak disediakan ampunan oleh Allah S.W.T. Tetapi sungguh malang jika ada orang yang dapat menemui bulan tersebut tetapi dosa-dosanya tetap sahaja tidak diampuni oleh Allah. Hakikat ini tergambar di dalam sabda Nabi s.a.w. :

"Telah datang kepadaku malaikat Jibril lalu berkata : Ya Muhammad, barangsiapa mendapati Ramadhan, lalu setelah bulan itu keluar (berakhir) dosa-dosanya tidak diampuni, lalu dia mati, maka dia masuk neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakanlah : Amin ! Lalu akupun mengatakan : Amin."
H.R. Khuzaimah dan Ibn Hibban dalam Sahihnya -Kitab : Nasaaihud Diniyyah ; Halaman : 37-39

Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan aku sunnatkan qiyamnya (solat malamnya). Maka barangsiapa yang melakukan puasa dan solat malamnya kerana iman dan mengharap pahala , nescaya dia bebas dari dosa-dosanya seperti ketika dilahirkan ibunya."
(H.R. Al-Nasaai ; Katanya : yang benar dari dari Abi Hurairah. Menurut Al-Arna'uth dalam " Jami'ul Ushuul " : Juz VI1441 - Hadis ini Hasan dengan adanya nash-nash lain yang menguatkannya. )

Thursday, August 13, 2009

..AL-FatiHaH buat Allahyarham Ustaz Asri ibrahim (RabbaNi)..




Bismillahirrahmanirrahim..salam ukhuwah fillah semua..

13 Ogos 2009, jam 10.30 pagi..kita di sini dikhabarkan berita sedih mengenai perginya seorang anggota kumpulan nasyid tanah air kita iaitu Ustaz Asri Ibrahim(Rabbani),perginya beliau dan takkan kembali lagi..beliau meninggal dunia di Hospital Pantai setelah jatuh ketika mengendalikan pogram di RTM..

Ana pula mendapat khabar ini tika jam 12 tgh hari setelah dikhabarkan oleh sahabat ana sendiri..syukran ukhti..dan ptg ana mendapat kiriman sms juga..





perginya beliau kian terasa..melibatkan dunia Islam..marilah sama-sama kita menghadiahkan sekalung doa al-Fatihah,semoga rohnya dicucuri rahmat..ameen..insyaAllah..

.:Cintaku Hanya MilikMu:.




Bukan mudah Ya ALLAH…
Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan
Keindahan dunia ini menganggu ku
Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku
Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU

Aku runsing Ya ALLAH
Aku berlari ke sana dan ke sini
Aku mencari dan terus mencari
Dimanakah ku tagih cinta Ilahi
Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri
Sedang aku tidak diuji
Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali
Andai bisa aku berbicara denganMU
Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku
Sungguh aku bukan bercakap kosong
Inilah keluhan hatiku
Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU….

Ampuni aku Ya ALLAH
Aku lemah lagi tak bermaya
Melawan sesuatu yang digelar fana dunia
Aku tak mampu Ya ALLAH,
Belenggu ini menghimpit ku…
Belenggu ini menghiburkan hatiku
Sehingga aku senang denganya
Sehingga aku takut kehilanganya
Sedang cintaMU itu sangat luar biasa…
Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya…

Sungguh aku tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU
Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU
Lalu ke manakah langkahku
Selayaknya dimanakah tempatku
Atas redhaMU ya Rabbi..
aku hanya menuruti
Andai aku diseksa, kan aku patuhi
Asalkan Kau meredhai hidupku ini

Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri ini
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama denganku,
tak kira apa keadaan imanku
Sesungguhnya Ya ALLAH,
cinta ku hanya milikMU…

Tuesday, August 11, 2009

.:Doa ToLak BaLa:.

Doa Wabak اللهم ادفع عنا الغلاء والوباء والربا والزنا والزلازل والمحن وسوء الفتن ما ظهر منها وما بطن



Sunday, August 9, 2009

.: قصص عربية مصورة - قصة الارنب والنمر:.

Bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. makluman kpd sahabat-sahabat ana sume xpecially 4 batch sem 5 Al-Islamiyyah At-TarbawiyyaH..madah (اللغة العربية الاتصالية),bahasa arab komunikatif, Muhadharah Al-Fadhil Ustaz Saipol Barin bin Ramli..antum dmnta membuat tugasan dgn mnonton kisah arnab dan harimau...keluarkan 50 perkataan bdasarkan مهارة الإستماع yg digunakan..ma'an taufiq wan najah..!!

"اللغة العربية لطول الزمان"

Friday, July 31, 2009
Posted By : Saipol Barin bin Ramli
Attachment :
--------------------------------------------------------------------------------

Sila Layari blog ini : http://saipolbarin.blogspot.com dan tonton kisah Arnab dan harimau. Keluarkan 50 perkataan dari setiap kisah. Sila hantar sebelum 10 Ogos 2009 by using my email : saipolbarin@fb.upsi.edu.my







makluman lanjut:blog AL-FADHIL USTAZ SAIPOL BARIN BIN RAMLI
http://saipolbarin.blogspot.com/2009/07/kerja- berkumpulan.html

::MUTIARA HIKMAH::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::PENGUNJUNG SETIA::