When You Lost Your Way To Allah You Should Turn..As HE Promise HE will Always Be There

Thursday, July 30, 2009

..Setiap Kali..


..Setiap kali mendapat nikmat..
..Jarang kusedari itu pemberian-Mu..
..Terkadang rasa itu kerana..
..Segala usaha dan penat lelahku sahaja..

..Setiap kali ditimpa musibah..
..Kumengeluh risau bertambah gelisah..
..Hingga terlupa pada-Mu Allah..
..Tempat kembali segala masalah..

..Oh Tuhan Yang Maha Penyayang..
..Leraikanlah aku dari keluh kesah..
..Yang membelenggu jiwa dan fikiran..
..Ditambah dengan hasutan syaitan..

..Kurniakanlah kepadaku ketabahan..
..Singkapkanku hikmah segala ketentuan..
..Moga sinar-Mu berikanku pedoman..
..Hanya pada-Mu segala ketetapan..


..Oh Tuhan.. Yang Maha Penyayang..
..Leraikanlah aku dari keluh kesah..
..Yang membelenggu jiwa dan fikiran..
..ditambah dengan hasutan syaitan..
..durjana yang sentiasa mengarahku..
..kepada kemurkaanmu..
..kurniakanlah kepadaku ketabahan..
..tunjukkan ku hikmah segala ketentuan..
..Moga sinar-Mu berikanku pedoman..
..Hanya pada-Mu segala ketetapan..
..Ya Allah kau redhailah diri ini..

..seandainya diri ini..
..mampu meraih cinta keredhaan-Mu
..seandainya akulah insan yang terpilih
..pimpini hidupku..

..Sama-samalah kita Muhasabah diri..




Bismillahirrahmanirrahim..

Hati mula diruntun sedih atas musibah yang menimpa di bumi barakah tempat ku menimba ilmu..tatkala mendapat khabar ini,seolah-olah ia bagaikan mimpi di siang hari..namun,ku kuatkan hati untuk redha menerimanya..ayuh sahabat-sahabiah semua..marilah kita sama-sama renungkan fikir sejenak, muhasabah diri kembali..usah menyalahkan apa yang sudah terjadi..ada hikmah di sebaliknya..

Ayuh kita sama2 berdoa sentiasa kepada Allah S.W.T..memohon petunjuk dan hidayah serta perlindungan dariNya..

..Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH & sesungguhnya segala sesuatu akan kembali kpd-Nya.."Ya Allah! berilah pahala dalam musibah yg menimpa kami & berilah kami pengganti yg lebih baik darinya."
~Hadith Riwayat Muslim~

Friday, July 17, 2009

Karnival Masjid 2009 : Ibadah & Ilmiah



www.iLuvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube


InsyaAllah, iLuvislam.com akan bersama-sama Jawatankuasa Masjib Bandar Baru Sungai Buloh, Kerajaan Negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Paya Jaras, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Nufair Street Sdn. Bhd., Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd, Akhbar Warta Perdana dan juga akhbar Siasah; menganjurkan Karnival Masjid 2009 : Ibadah dan Ilmiah.

Karnival ini akan diadakan selama 3 hari bermula 17 sehingga 19 Julai 2009 di sekitar Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. Karnival besar-besaran ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Dato' Abd Khalid Ibrahim.

Program seumpama ini bertujuan untuk merealisasikan saranan Kerajaan Negeri Selangor yang ingin menjadikan setiap masjid berperanan sebagai "Wahana Transformasi Ummah" yang benar-benar proaktif dan efektif. Selain itu, ia bertujuan untuk tidak lain dan tidak bukan untuk membentuk masyarakat agar kasih kepada ilmu, mengeratkan hubungan silaturrahim, menghidupkan ekonomi dan perniagaan secara Islam dan pastinya untuk mencari keredaan Allah S.W.T. dalam memakmurkan masjid-masjidNya.

Berikut adalah tentatif program:


17hb JULAI 2009 JUMAAT (HARI PERTAMA)

11.30am Program Derma Darah

1.00pm Rehat & Solat Fardhu Jumaat

2.30pm Majlis Ikhtifal (Tilawah al-Quran, Hafazan al-Quran, Berzanji & Marhaban)

4.30pm Rehat & Solat Asar

5.00pm Majlis Ikhtifal bersambung semula sehingga selesai

8.00pm Forum Bicara Ad-Deen : “Membina Keluarga & Remaja Berakhlak Mulia”


18hb JULAI 2009 SABTU (HARI KEDUA)

6.30am Kuliah Subuh Perdana

8.00am Slot Bersama Lembaga Zakat Selangor
a. Motivasi Pendidikan – UPSR, PMR & SPM
b. Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)
c. Pertandingan Azan (5thn – 12thn)

9.30am Persembahan Nasyid Istimewa : Kumpulan Rabbani

10.00am Taklimat & Kursus Istimewa Bakal Haji oleh Ybhg. Dato’ Ust Hj Md. Daud Bin Che’ Ngah

1.00pm Rehat & Solat Zohor

2.00pm Pertandingan Nasyid Perdana

3.00pm Majlis Pelancaran & Perasmian Karnival Masjid 2009

4.45pm Rehat & Solat Asar

5.00pm Pertandingan Nasyid Perdana bersambung semula

8.00pm Forum Perdana – Antara Zakat dan Berkat


19hb JULAI 2009 Ahad (HARI KETIGA)

6.30am Istimewa Tazkirah Subuh

8.00am Pesta Kuiz Perdana

10.00am Kursus Smart Solat Bersilibus

11.30am Motivasi – “Institusi Keluarga Islam” oleh Dato’ Ust Md Daud Che’ Ngah

2.30pm Pertandingan Memasak - Muslimah

8.00pm Majlis penyampaian Hadiah & Majlis Penutupan Karnival Masjid

9.00pm Diskusi Perdana Istimewa : “Tenat, Nazak, Sakarat, Maut & Akhirat”

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQPUTC1-9N1isum67kRQVK718LUUrrb1FVpgZZkBvpPi5RBuCyf5BiR_i7xzfHaBSth4cSN4sscW6zUQC1gdCjZSpDu1DGIbiC13OFcQHVBKBNnB_Ay9wr0FUiwRDKENXKnpPTSFgKs1g/s400/rabbani_hijau.jpg
Kumpulan Rabbani akan mengadakan persembahan

Karnival ini dijangka akan dihadiri oleh 20,000-30,000 warga masjid seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Pihak penganjur menyediakan peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat untuk membuka gerai selama 3 hari (siapa cepat dia dapat).

No
Saiz Gerai
Lokasi
Harga Deposit
1 20 x 20
Terbuka RM 650
RM 100
2 20 x 10
Hadapan RM 450
RM 100
3 10 x 10
Sisi dan Belakang
RM 300
RM 100

Gerai no. 1 telah habis ditempah. Bagi mereka yang berminat menempah gerai 2 & 3, anda boleh hubungi En. Aminuddin Amir di talian : 016 3359234.

Kepada sahabat yang berkelapangan sepanjang 17-19 Julai ini, jom kita beramai-ramai ke Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. InsyaAllah selain anda dapat manfaat dari pelbagai aktiviti dan persembahan yang dianjurkan, insyaAllah sahabat-sahabat boleh menemui krew-krew iLuvislam.com di sana.


Mohon doa sahabat-sahabat semoga program untuk masyarakat ini berjalan dengan jayanya.

Thursday, July 16, 2009

..Daku DamBa RedhaMu..Ya ALLAH..



Maafkan daku ya Allah..
Atas kekhilafan yg ku lakukan tanpa kusedari..
Daku hanya mendamba kasihmu Tuhan..
Ampunkanlah dosa-dosa hambamu ini…
Ya Allah..berilah kekuatan pd hambamu ini..
Kemudahan Dalam setiap apa yg ku lakukan..berilah keberkatan..
Aminn..ya Rabbal ‘Alamiin..

..Ku Damba RedhaMu..
Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhamu.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya...

Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah....

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan..


Tuesday, July 14, 2009

~..Sedikit TazkiRaH..SiFat Hati..~


Di sekeliling kita ada yang hidup dalam kesusahan dan kesenangan. Malah, sesetengahnya mempunyai kemewahan yang sukar ditandingi. Apa perasaan kita apabila memandang kepada kehidupan hartawan itu?

Umumnya apabila mata melihat kenikmatan yang diperoleh orang lain, akan tumbuh suatu perasaan di dalam diri, dinamakan iri hati. Sememangnya sesuatu yang bersifat semula jadi dengan nikmat itu akan menimbulkan iri hati.

Cuma apabila iri hati itu akan melahirkan perasaan benci kepada nikmat terbabit dan suka pula ia hilang daripada tangan orang, ia dinamakan sebagai hasad.

Jika iri hati itu melahirkan keinginan mendapatkan nikmat serupa tanpa benci pada nikmat yang ada pada orang, malah tidak berharap nikmat itu hilang daripadanya, ia tidak dinamakan hasad, sebaliknya disifatkan al-ghibtah atau al-munafasah.

Apa itu hasad? Hasad boleh ditakrifkan sebagai rasa tidak senang atau sakit hati dan benci ke atas nikmat yang ada pada orang lain tetapi senang hati atau gembira dan suka nikmat itu hilang daripada tangan orang terbabit.

Ringkasnya, ia merujuk perasaan suka dan senang hati apabila orang lain ditimpa kesusahan dan bencana, tetapi menaruh kebencian apabila orang menerima kesenangan.

Daripada pengertian yang umum itu, sarjana membuat pembahagian sifat hati itu kepada empat peringkat:

1. Benci nikmat pada orang lain dan suka supaya nikmat itu hilang daripada milik orang, sekalipun nikmat itu tidak akan berpindah ke tangannya. Cuma yang penting padanya ialah asalkan nikmat itu hilang daripada tangan orang terbabit.

2. Benci kerana tiada nikmat itu di tangannya, bukan benci yang ada pada tangan orang lain dan sukakan nikmat itu ada pada tangannya, bukan sukakan nikmat itu hilang daripada tangan orang.

3. Tidak suka jenis nikmat itu sendiri untuk dirinya tetapi suka nikmat yang seumpama nikmat terbabit. Apabila gagal mendapatkan yang seumpamanya, timbul rasa suka kalau nikmat itu hilang daripada tangan orang yang memilikinya.

Dengan itu akan samalah tarafnya, iaitu sama-sama tidak memiliki nikmat terbabit, sebagaimana kalau berjaya akan sama-sama memilikinya.

4. Suka kalau dia memiliki nikmat yang sama dengan nikmat yang dipunyai orang lain. Sekiranya gagal mendapatkannya, dia tidak benci dengan nikmat yang ada pada tangan orang, sebaliknya suka sekiranya nikmat itu kekal dalam miliknya.

Peringkat pertama amat tercela, peringkat kedua adalah tercela, peringkat ketiga ada sudut tercelanya dan ada sudut tidak tercela manakala peringkat keempat dimaafkan. Peringkat keempat ini dinamakan ghibtah atau munafasah.

Munafasah tidak salah dan tidak ditegah kerana ia adalah persaingan. Persaingan yang sihat seperti untuk mendapatkan tempat yang baik di sisi Allah tidak salah.

"Meterainya kasturi dan untuk itulah hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan." (al-Mutaffifin:26)

Rasulullah s.a.w ada menegaskan, maksudnya: "Diumpamakan umat ini dengan empat (jenis) orang iaitu:

1. Orang yang dikurniakan Allah dengan harta dan ilmu, lalu dia berusaha dengan ilmunya untuk hartanya.

Orang yang dikurniakan Allah dengan ilmu tetapi tidak dikurniakan harta, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Kalaulah aku mempunyai seperti harta si polan nescaya akan aku usahakan sama seperti yang diusahakan oleh dia. Orang ini dalam pahalanya adalah sama.

2. Orang yang diberikan harta tetapi tidak diberikan ilmu, lalu dia menggunakan hartanya pada maksiat.

3. Orang yang tidak diberikan ilmu dan harta, lalu dia berkata: Kalaulah aku mempunyai harta seperti harta si polan itu, nescaya aku akan belanjakan seperti mana yang dibelanjakan pada perkara yang maksiat. Orang ini pada dosanya adalah sama.

Justeru, tidaklah salah jiwa kita berasa iri hati atas nikmat orang lain dan kita berasa ingin mempunyai nikmat yang sama sepertinya tanpa berasa suka jika nikmat itu hilang daripadanya dan tidak benci jika ia kekal di tangannya.

Bagi nikmat berbentuk keagamaan yang wajib seperti nikmat iman, solat, zakat dan puasa, berlumba-lumba ke atas nikmat terbabit wajib hukumnya, iaitu hatinya hendaklah berasa suka untuk mencapai nikmat seumpamanya.

Ini kerana jika tidak sukakan yang demikian, bererti dia rela dengan maksiat dan ini adalah haram.

Demikian juga jika nikmat itu berbentuk amalan kelebihan (fadhail) yang sangat digalakkan hukumnya adalah sunat dan jika nikmat itu yang haruskan yang dipergunakan secara harus, hukumnya adalah harus.

..SeRi Di HaTi..


salam pembuka pembicara..alhamdulillah dpt jgkla ana mnulis tinta serba sdikit dlm blog ana yg xsberapa ni..huhu..wlupn dlm ksibukan masa belajar skrg ni..ana cuba jgk luangkan masa serba sdikit utk trus istiqamah dlm mnulis..insyaAllah..moge2 ALLAH S.WT permudahkn dalam stiap urusan..ameenn..

hmm..dh msuk mnggu ke2 ana sjak bermulAnya sem baru tahun ni..pjam2 celik dh msuk sem5..alhamdulillah..semuanya sudah ditakdirkan dan dtentukan yg terbaik oleh ALLAH..Wallahu Ma'a Maakiriin..(surah Al-Anfal:30)..

Ada suatu kisah yg banyak mengajar ana semenjak ana pulang ke bumi upsi yg tercinta ini..tempat ku menimba ilmu..menjadi seorang pendidik..murabbi..mudarris..muaddib..mu'allim..insyaAllah..xdpt ana gambarkan betapa gembiranya hati ana di kala ditemukan seorang teman yang cukup memberi "qudwah Hasanah' dalam khidupan ana sndri..Alhamdulillah,syukur padamu ya Allah..doa hambamu ini akhirnya dimakbulkan oleh Mu..inilah jalan yg ana cari2 selama ini..jika nk dbndingkan sebelum ni..ana seperti brada di awang-awangan..kdang2 hilang pdoman..AstagfirAllah'Azim..mngucap byk2..namun,diri ini masih lagi berada di tahap terkawal..syukur..

buat Teman Yg memahami diriku..ku ucapkan terima aksih utk segalanya..di atas tnjuk ajar,sokongan yg diberikan pd ku..ana dapat ketenangan d hati dalam setiap masa,saat,minit yg berdetik..xdpt ana balas jasa baikmu teman..

Buat Ukhti Hawa_MahaBBaH..di sini kutitipkan sedikit coretan istimewa buat dirimu...

Di bumi ini, kita ditemukan
Satu arah, satu perjuangan
Satu aqidah, satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan

Ukhuwah fillah, tidakkan musnah
Walaupun ombak walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai'ah

Bertemu, berpisah
Hanya kerana-Nya semata
Redha Allah kita cari
Moga-moga kita akan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi

Demikian manisnya, mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya penuhi hati
An-nur suci dari-Mu Rabbi

Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Redha Allah dipohoni

Sunday, July 12, 2009

..The Best BooK i've rEad..PeMiLiK CinTaku..SeteLah ALLaH dan RasuL(^_^)


..PengHargaaN BuaT PaRa SuaMi YanG MemBahaGiakaN IsterinYa..PengHoRmaTaN BuaT IsTeri YanG MeMuliaKan SuaminYa..

“SuamiKu..Aku Mencintaimu KeRaNa Agamamu..

Jika HiLang Agamamu..

HiLanglah cinTaku KepadaMu..”

(adaptasi dari kata-kata Imam Nawawi)

..ImpiaN..

Suamiku..

Terlafaz lancar sebuah akad..

Terangkat sudah segala penyekat..

Diriku kini kau miliki..

Dalam keterharuan..

Air mata ibuku berguguran..

Ayahku sebak melepaskan..

Puterinya kini kau jagakan..

Suamiku..

Jika diriku diterima kerana kelebihan..

Kau kan kecewa bila terlihat kekurangan..

Jika diriku diterima kerana kecantikan..

Kau kan bosan bila ia beransur hilang..


Aduhai Suamiku..

Jelaskanlah niat dan matlamat..

Menerimaku kerana agama..

Baru hidup beroleh berkat..

Bahagia hingga ke syurga..

Ketahuilah Suamiku..

Kaulah pemilik cintaku..

Setelah Allah dan Rasul..

Suluhkanlah buatku..

Jalan menuju Yang Satu..

Suamiku..

Hadiah mahal terbilang..

Bahtera penyelamat yang utuh..

Gelombang dan karang..

Tak mampu meruntuh..

Suamiku..

Kita dua insan berbeza..

Cita dan cinta yang sama..

Jadilah dirimu sebenarnya..

Terimalah diriku seadanya..

Suamiku..

Asam garam rumah tangga..

Khilaf dan salah pasti ada..

Sama-samalah berlapang dada..

Pemula maaf paling mulia..

Suamiku..

Menang bukan bererti benar..

Kalah bukan bererti salah..

Dalam berdebat, hormat memagar..

Tawadukmu budi terindah..

Suamiku..

Berjanjilah padaku..

Dengan kemuliaan dirimu..

Kenalkan aku dan generasiku..

Pada kemuliaan pencintamu..

* Sajak ini khusus dikarang oleh penulis buku “PEMILIK CINTAKU, Setelah Allah Dan Rasul ”, Fatimah Syarha Binti Mohd Noordin untuk suaminya, Dr Farhan Hadi bin Mohd Talib sempena perkahwinan mereka pada 17 Ogos 2008/15 Syaa’ban 1429h.

~..CinTa itu AnuGeraH..~

Rasulullah S.A.W bersabda tentang Saiyidina Khadijah R.A..

Maksudnya:

“Aku telah dianugerahi rasa cinta kepadanya..”

~..Tenang Padanya..~

~...Maksudnya : Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang saleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur ". .~

(SuraH Al-A'raf 7: 189)

Thursday, July 9, 2009

~..mEmoRieZ HaMiDiaH..~


Bismillahirramanirrahimm..alhamdulillah..sdah slesai pngalamanku sbg seorang guru di sebuah sekolah yg ckup mnyeronokkan..mne taknye..dgn suasana sekolah yg amat2 mendamaikan..guru-gurunya..pelajar-pelajarnya..alahamdulillah,syukur padamu Ya Allah..di atas kemudahan yg Kau kurniakan..(^_^)

ha,gambar kt sebelah ni antara anak muridku yg ana mngajar..1 ali..hmm..nmpk mcm xok..tp antum sume mmg best..sporting ngn 'ustazah'..tp maafkn ustzah andai ada salah dan silap spnjang mngajar antum sume..di sini la bermulanya, ana mule rasa pngalaman berada di hdpn untuk mencurahkan ilmu pd anak-anak didik ku..biasalah,hr 1st agk kkok..dgn suara xdgr..huhu..(blh improve lg..) ana masih ingt lg..smpikan de sorg murid brtnye.."ustzah,blh kuatkn sikit suara x..?" alahai,malunye..ana rasa dh ckup kuat suara ana ckp..tp nape xdgr jgk ek..mngkn krg jlas..yela kite blaja di surau an-nur..ruang yg sgt luas 2 kn..(alasan je 2..)pape pn..ustazah nk ucapkn trme kasih sbb mnegur..skurg2nye, de hbgn interaksi antara 2hala dgn antum sume..syukran!

antum mmg bagus sgt..tp yg plaja lelaki lbih smngt dr palaja pmpn..nape ye..??antum de pape mslh ke..ada yg wt hl sndiri la..tdur laa..hai,anak muridku..ana ni bru je nk ngaja,dh de yg tdo..adoi..!bile tnye, antum kata.."fahaaamm..ustazah!"xtahu nk wt apa lg..mcm2 ragam..
tp ana btul2 enjoy dgn mreka..d akhir p n p,antum byk brtnyekn soalan yg xfham..bguslah..ana cbe jwb pe yg mmpu n terbaik..alhamdulillah,sumenye bjalan dgn lancar..xpela,kalo de yg tnye xde kne mngene ngn topik kite blaja ms hr 2 kn..it's ok..(^_^)

harap ana dpt jmpe antum sume lg..rndu sggtt..rase xnk blik je bile dh jd "cikgu" kt sane..tp yg paling penting..Maahad Hamidiah..is the best school..ma'an taufiq wan najah fid dunia wal akhirat..ameenn..insyaAllah..

::MUTIARA HIKMAH::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::PENGUNJUNG SETIA::