When You Lost Your Way To Allah You Should Turn..As HE Promise HE will Always Be There

Sunday, July 12, 2009

..The Best BooK i've rEad..PeMiLiK CinTaku..SeteLah ALLaH dan RasuL(^_^)


..PengHargaaN BuaT PaRa SuaMi YanG MemBahaGiakaN IsterinYa..PengHoRmaTaN BuaT IsTeri YanG MeMuliaKan SuaminYa..

“SuamiKu..Aku Mencintaimu KeRaNa Agamamu..

Jika HiLang Agamamu..

HiLanglah cinTaku KepadaMu..”

(adaptasi dari kata-kata Imam Nawawi)

..ImpiaN..

Suamiku..

Terlafaz lancar sebuah akad..

Terangkat sudah segala penyekat..

Diriku kini kau miliki..

Dalam keterharuan..

Air mata ibuku berguguran..

Ayahku sebak melepaskan..

Puterinya kini kau jagakan..

Suamiku..

Jika diriku diterima kerana kelebihan..

Kau kan kecewa bila terlihat kekurangan..

Jika diriku diterima kerana kecantikan..

Kau kan bosan bila ia beransur hilang..


Aduhai Suamiku..

Jelaskanlah niat dan matlamat..

Menerimaku kerana agama..

Baru hidup beroleh berkat..

Bahagia hingga ke syurga..

Ketahuilah Suamiku..

Kaulah pemilik cintaku..

Setelah Allah dan Rasul..

Suluhkanlah buatku..

Jalan menuju Yang Satu..

Suamiku..

Hadiah mahal terbilang..

Bahtera penyelamat yang utuh..

Gelombang dan karang..

Tak mampu meruntuh..

Suamiku..

Kita dua insan berbeza..

Cita dan cinta yang sama..

Jadilah dirimu sebenarnya..

Terimalah diriku seadanya..

Suamiku..

Asam garam rumah tangga..

Khilaf dan salah pasti ada..

Sama-samalah berlapang dada..

Pemula maaf paling mulia..

Suamiku..

Menang bukan bererti benar..

Kalah bukan bererti salah..

Dalam berdebat, hormat memagar..

Tawadukmu budi terindah..

Suamiku..

Berjanjilah padaku..

Dengan kemuliaan dirimu..

Kenalkan aku dan generasiku..

Pada kemuliaan pencintamu..

* Sajak ini khusus dikarang oleh penulis buku “PEMILIK CINTAKU, Setelah Allah Dan Rasul ”, Fatimah Syarha Binti Mohd Noordin untuk suaminya, Dr Farhan Hadi bin Mohd Talib sempena perkahwinan mereka pada 17 Ogos 2008/15 Syaa’ban 1429h.

~..CinTa itu AnuGeraH..~

Rasulullah S.A.W bersabda tentang Saiyidina Khadijah R.A..

Maksudnya:

“Aku telah dianugerahi rasa cinta kepadanya..”

~..Tenang Padanya..~

~...Maksudnya : Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang saleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur ". .~

(SuraH Al-A'raf 7: 189)

No comments:

::MUTIARA HIKMAH::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::PENGUNJUNG SETIA::