When You Lost Your Way To Allah You Should Turn..As HE Promise HE will Always Be There

Friday, July 17, 2009

Karnival Masjid 2009 : Ibadah & Ilmiah



www.iLuvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube


InsyaAllah, iLuvislam.com akan bersama-sama Jawatankuasa Masjib Bandar Baru Sungai Buloh, Kerajaan Negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Paya Jaras, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Nufair Street Sdn. Bhd., Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd, Akhbar Warta Perdana dan juga akhbar Siasah; menganjurkan Karnival Masjid 2009 : Ibadah dan Ilmiah.

Karnival ini akan diadakan selama 3 hari bermula 17 sehingga 19 Julai 2009 di sekitar Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. Karnival besar-besaran ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Dato' Abd Khalid Ibrahim.

Program seumpama ini bertujuan untuk merealisasikan saranan Kerajaan Negeri Selangor yang ingin menjadikan setiap masjid berperanan sebagai "Wahana Transformasi Ummah" yang benar-benar proaktif dan efektif. Selain itu, ia bertujuan untuk tidak lain dan tidak bukan untuk membentuk masyarakat agar kasih kepada ilmu, mengeratkan hubungan silaturrahim, menghidupkan ekonomi dan perniagaan secara Islam dan pastinya untuk mencari keredaan Allah S.W.T. dalam memakmurkan masjid-masjidNya.

Berikut adalah tentatif program:


17hb JULAI 2009 JUMAAT (HARI PERTAMA)

11.30am Program Derma Darah

1.00pm Rehat & Solat Fardhu Jumaat

2.30pm Majlis Ikhtifal (Tilawah al-Quran, Hafazan al-Quran, Berzanji & Marhaban)

4.30pm Rehat & Solat Asar

5.00pm Majlis Ikhtifal bersambung semula sehingga selesai

8.00pm Forum Bicara Ad-Deen : “Membina Keluarga & Remaja Berakhlak Mulia”


18hb JULAI 2009 SABTU (HARI KEDUA)

6.30am Kuliah Subuh Perdana

8.00am Slot Bersama Lembaga Zakat Selangor
a. Motivasi Pendidikan – UPSR, PMR & SPM
b. Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)
c. Pertandingan Azan (5thn – 12thn)

9.30am Persembahan Nasyid Istimewa : Kumpulan Rabbani

10.00am Taklimat & Kursus Istimewa Bakal Haji oleh Ybhg. Dato’ Ust Hj Md. Daud Bin Che’ Ngah

1.00pm Rehat & Solat Zohor

2.00pm Pertandingan Nasyid Perdana

3.00pm Majlis Pelancaran & Perasmian Karnival Masjid 2009

4.45pm Rehat & Solat Asar

5.00pm Pertandingan Nasyid Perdana bersambung semula

8.00pm Forum Perdana – Antara Zakat dan Berkat


19hb JULAI 2009 Ahad (HARI KETIGA)

6.30am Istimewa Tazkirah Subuh

8.00am Pesta Kuiz Perdana

10.00am Kursus Smart Solat Bersilibus

11.30am Motivasi – “Institusi Keluarga Islam” oleh Dato’ Ust Md Daud Che’ Ngah

2.30pm Pertandingan Memasak - Muslimah

8.00pm Majlis penyampaian Hadiah & Majlis Penutupan Karnival Masjid

9.00pm Diskusi Perdana Istimewa : “Tenat, Nazak, Sakarat, Maut & Akhirat”

http://4.bp.blogspot.com/_SEyajXYD8Lg/SUExQR_PqvI/AAAAAAAACWI/suIwiigJsrk/s400/rabbani_hijau.jpg
Kumpulan Rabbani akan mengadakan persembahan

Karnival ini dijangka akan dihadiri oleh 20,000-30,000 warga masjid seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Pihak penganjur menyediakan peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat untuk membuka gerai selama 3 hari (siapa cepat dia dapat).

No
Saiz Gerai
Lokasi
Harga Deposit
1 20 x 20
Terbuka RM 650
RM 100
2 20 x 10
Hadapan RM 450
RM 100
3 10 x 10
Sisi dan Belakang
RM 300
RM 100

Gerai no. 1 telah habis ditempah. Bagi mereka yang berminat menempah gerai 2 & 3, anda boleh hubungi En. Aminuddin Amir di talian : 016 3359234.

Kepada sahabat yang berkelapangan sepanjang 17-19 Julai ini, jom kita beramai-ramai ke Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. InsyaAllah selain anda dapat manfaat dari pelbagai aktiviti dan persembahan yang dianjurkan, insyaAllah sahabat-sahabat boleh menemui krew-krew iLuvislam.com di sana.


Mohon doa sahabat-sahabat semoga program untuk masyarakat ini berjalan dengan jayanya.

No comments:

::MUTIARA HIKMAH::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

::PENGUNJUNG SETIA::