When You Lost Your Way To Allah You Should Turn..As HE Promise HE will Always Be There

Tuesday, December 29, 2009

~WawasaN HijRah 1431H~



Bismillahirrahmanirrahim..

…salam pembuka bicara..

Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi..diri ini dipanjangkan umur dan diberi peluang utk menruskan pngajian di bumi indah jaami’ati yg tercHenta..dan pembuka hari baru,minda baru di awal hijrah,mnuju azam tahun 2010 yg bkal knjung tiba xlama je lg..alhamdulillah..syukur ke hadratmu ya Allah, di atas kurniaan yg diberikan utk ku mneruskan kehidupan yg pnuh pncaroba ini..moge diri ini diberi kkuatan,dalam lindungan rahmat-Mu Aminn..!!insya Allah..
Dan,kali prtma langkah dalam smester baru plbagai ragam dpt dilihat dikalangan sahabat2, pelajar2 jaami’ati..(^_^)..terutama bg pelajar2 baru..

Namun, diri ini resah,gelisah, memikirkan langkah yg bakal ku tempuhi ini..dan mula hilang keyakinan dlm meneruskan pengajian ku ini..gara2 keputusan yg xdpt dijangka..melihat kjayaan sahabat2 lain,diri ini kian cmburu..mengapa diri ini begitu payah utk mlakukan terbaik seperti sahabat2 lain..dan b’macam2 prsoalan yg berlegar2 dalam fikrahku ini..adakala gembira,adakala duka..sehinggakan kadangkala tanpa disedari menitis air mata mengenangkan semua ini,terus muhasabah diri..

Bersama teman-teman, gmbira..hilang seketika kesedihan..namun hati ini ..begitu cpt berputus asa..dan ku pujuk hati ini agar terus berdoa terus pada ilahi..terus berbaik sangka padaMU Ya Allah..

Dan kali ini,ku harus bertekad pd diri ku utk bangkit semula..teruskan azam baru..usah toleh ke belakang..utk terus najah..fid dunia wal akhirat..


اَللَّهُمَّ نَوِّرْ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ ﭐلأَرْضِ بِنُوْرِ شَمْسِكَ أَبَدًا بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Terjemahan: “ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani. ”

Buat ibu, abah, dan ayah serta usratiku terima kasih xterhinggga di atas dorongan dan pengorbanan kalian pd diri ini..dan jua sahabat2 perjuanganku..terima kasih utk segalanya di atas dorongan,semangat yg kalian berikan..selamat meneruskan perjuangan..moga kita sama2 terus najah fi dunia wal akhirat..

~LangkaH TercipTa~


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

ALLAH…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

ALLAH…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMU

~..UNIC..~


p/s: “ ..Jangan dilihat pada orang yang lebih senang daripada kita,tapi lihatlah pada orang yang lebih susah daripada kita. ya.. pesanan ini akan kuinigati dan sekarang dalam proses mencuba untuk menerima seadaanya..”

Monday, November 30, 2009

salam ukhuwah..
lamenye xupdate..rndu rsenye..(^_^)
br mlm ni bksmpatan utkku ziarah sbntar..
huhu..pape pn..soge antum sume sntase drahmati Allah S.W.T..
Dan kpd yg sudi ziarah blog ana ni..syukran jazilan..
smoge antum mndapat manfaat yg sbaiknye walaupun sedikit cume..
biarlah ilmu kita sedikit tapi rajin diamalkan..

okla,wassalam..

Tuesday, November 17, 2009

~..Membersihkan Hati..~



Assalamualaikum..ingatan utk diri ini dan semua..



اِضْحَكُوْا قَلِيْلاً وَابْكُوْا كَثِيْرًا

idhhakuu qaliilan wabkuu khatiiraa
(Ketawalah sedikit dan menangislah banyak)

Dalam seharian kita hidup didunia,jiwa yang kadang-kadang sering jauh dari Allah sentiasa membuatkan kita alpa...

Astagfirullah,kita banyak bergembira dari bersedih...kita banyak ketawa dari menangis,kita banyak menyayangi keduniaan kita dari Allah s.w.t....

saya mahu nasihatkan diri saya dan kalian semua,marilah kita kurangkan ketawa didunia..kita mungkin ketawa didunia dan menangis di Akhirat,kita mungkin bergembira didunia dan bersedih di Akhirat....
jgnlah seperti itu....

biar kita semua bersedih,menangisi dosa-dosa kita agar di akhirat kelak ...
kita menjadi Manusia yang paling gembira...


اِسْتَغْفِرُوْا الله
insyallah..


عَلَيْنَا أَنْ نَتَحَمَّلَ المَشَقَّةَ
Alainaa an natahammalal masyaqqah
(Kita mesti menanggung kesusahan)


biar kita terasa susah mengawal nafsu didunia agar terasa senang diakhirat...

kurangkan ketawa banyakkan menangis....


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا
Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa
(Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami)



إِنَّ اللهَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Innallaaha ’alaa kulli syai in qadiir
(Sesungguhnya Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu)


pohonlah keampunan dari Allah sebelum terlambat...
mungkin dalam kita dok gembira,bersuka ria...malaikat maut datang menjemput..
bersederhanalah dalam kehidupan..
"kurangkan ketawa banyakkan menangis"

Allahu a'lam...apa yg benar itu datang dari Allah..
dan yng salah itu datang dari diri ana yg jahil...

wassalam...




dipetik:http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=47&thread_id=2050&rowstart=0

Friday, November 13, 2009

Hayatilah..


kadangkala hati diruntun sedih..

sehingga mengalir air mata tatkala membaca

dan menghayati bait-bait perjuangan yg dikisahkan..

dalam sejarah Islam..sungguh..

sedikit sebanyak menyedarkan diriku..

menginsafkan diri ini..


adakah kau lupa..??

Islam pernah berjaya..

bilakah masa kan tiba lagi..

mampukah kita sebagai umatnya..

mengembalikan semula zaman era kegemilangan Islam..


cubalah hayati,selami..kau akan merasakan kemanisan dan kepahitan..

yg dialami para-para mujahid..pengorbanan,tadhiyyah yg mereka pikul..

perjuangkan..demi menegakkan Islam..



Sultan Mehmet Al-Fateh – Syariatullah dan Sunnatullah





Pada zaman ini umat Islam ditindas dengan begitu teruk sekali oleh musuh-musuh Islam. Apakah penyebab berlakunya bencana ini? Walhal pada suatu masa dahulu, umat Islam pernah hebat dan gah. Apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh umat Islam pada masa kini?

وَمَا ڪَانَ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمۡ وَأَنتَ فِيہِمۡ‌ۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمۡ وَهُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ

” Allah tidak akan mengazab engkau selagi Rasulullah ada bersama mu…”

(Surah Al-Anfal : 33)

Di dalam ayat di atas, Allah telah memberikan janji-Nya kepada semua umat Islam bahawa selagi umat Islam bersama dengan Rasulullah saw , umat Islam tidak akan diazab. ”Bersama rasulullah” di dalam ayat di atas tidak memberi maksud bersama dari segi jasad, tetapi bersama dalam erti kata, Rasulullah wujud di dalam kehidupan kita, umat Islam di zaman ini. Wujud dalam kehidupan bermaksud, kita mengaplikasikan apa yang telah di ajar oleh Rasulullah dalam kehidupan kita sehari-hari.

Azab atau bencana yang diterima oleh umat Islam pada masa kini, mungkin adalah satu cara Allah memberikan peringatan kepada kita bahawa, Rasulullah tidak wujud dalam kehidupan umat Islam kini. Mengaku Islam, tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya. Sama-sama kita muhasabah dan tanyakan diri kita, wujudkah Rasulullah dalam kehidupan kita?

Allah telah memberikan petunjuk kepada umat manusia berkenaan jalan keluar kepada sebarang masalah yang dihadapi. Jalan keluar tersebut adalah dengan bertaqwa. Antara firman-Nya yang menyatakan berkenaan hal ini ialah

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا

”Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan tunjukkan kepadanya jalan keluar”

(Surah At-Talaq : 2)

Apakah yang dimaksudkan dengan taqwa itu?? Berdasarkan dialog antara Ubay bin Ka’ab dan Saidina Umar Al-Khattab, taqwa dapat diandaikan seperti kita berjalan di atas jalan yang berduri. Di mana apabila kita berjalan di atas jalan yang berduri, sudah pasti kita akan berjalan dengan berhati-hati untuk mengelak duri-duri tersebut. Begitu jugalah dengan taqwa. Di mana orang yang bertaqwa adalah orang yang menjaga hukum atau peraturan Allah dalam kehidupannya(berhati-hati dalam kehidupannya).

Definisi taqwa di atas memberitahu kita bahawa pentingnya menjaga hukum atau peraturan Allah. Tetapi, apakah hukum Allah itu?? Adakah kita benar-benar memahaminya??

Hukum atau peraturan Allah

Hukum Allah terbahagi kepada dua iaitu, Syariatullah dan Sunnatullah. Syariatullah adalah hukum Allah berkenaan perkara-perkara yang halal, haram, wajib, sunat, makruh dan lain-lain. Di mana Sunnatullah atau Law of Nature pula ialah hukum alam yang telah ditetapkan oleh Allah. Seperti kejadian siang dan malam, kewujudan graviti, pergerakan bumi mengelilingi matahari dan lain – lain lagi.

Memahami dan melaksanakan syariatullah dan sunnatullah adalah penting bagi umat islam yang menginginkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Sebagai contoh, 2 orang pelajar, A dan B akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Pelajar A seorang muslim yang sangat menjaga ibadahnya. Manakala pelajar B pula bukan seorang muslim. Dalam persediaan menghadapi peperiksaan, pelajar A meningkatkan lagi amal ibadah sehariannya tanpa melakukan sebarang ulangkaji. Manakala,pelajar B mengulangkaji pelajaran dengan bersunguh-sungguh. Antara pelajar A dan B, sudah tentu pelajar B akan mendapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang.

Daripada contoh di atas, kita dapati bahawa pelajar A memenuhi syarat-syarat syariatullah. Pelajar B pula memenuhi syarat-syarat sunnatullah. Di dalam kes ini, sunnatullah yang telah ditetapkan untuk mendapat kejayaan yang baik dalam peperiksaan ialah dengan mengulangkaji pelajaran dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana pelajar B memenuhi syarat sunnatullah ini, dia diberikan kejayaan oleh Allah walaupun dia bukan seorang muslim. Jika pelajar A juga melaksanakan sunnatullah, sudah pasti kejayaan pelajar A lebih bermakna. Di mana pelajar A akan mendapat keberkatan dalam kehidupannya atas hasil pelaksanaan syariatullah.

Daripada kisah di atas, pelaksanaan syariatullah 100% dan sunnatullah 100% akan memberikan kejayaan kepada umat islam.

Pembebasan Constantinople

Dalam membicarakan berkenaan kisah pembebasan constantinople, perbandingan kisah antara Abu Ayyub Al-Ansari dan Sultan Muhammad Al-Fateh akan memberikan kita kefahaman yang lebih lagi akan kepentingan sunnatullah dan syariatullah.


Constantinople adalah ibu negara kerajaan Byzantine (Rom Timur). Keistimewaan bandar ini adalah kedudukannya yang strategik di mana bandar ini adalah pemegang kunci pintu masuk dan keluar antara laut mediterranean dan laut hitam pada waktu itu. Bandar ini juga adalah simbol kemegahan bagi orang kristian pada zaman itu. Napolen Bonapart mengandaikan bahawa sekiranya dunia ini adalah sebuah negara, maka constantinoplelah yang layak menjadi ibu negara.

Abu Ayyub Al-Ansari

Bagi yang mengingati sirah penghijrahan nabi, pasti pernah mendengar nama Abu Ayyub Al-Ansari ini. Sewaktu penghijrahan nabi Muhammad SAW ke Madinah, rumah untuk Rasulullah menginap telah dipilih dengan melepaskan unta tunggangan baginda. Unta baginda berjalan dan akhirnya berhenti di rumah Abu Ayyub. Abu Ayyub ialah sahabat nabi yang tinggi akhlaknya dan sentiasa berusaha untuk melakukan setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah.

Sewaktu berlakunya peperangan Khandak, Rasulullah memberi semangat pada sahabat-sahabat di waktu itu dengan sabdanya yang bermaksud, ” Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya ”. Ketika hadis ini dinyatakan oleh Rasulullah, Abu Ayyub Al-Ansari juga berada di situ.

Cubaan pertama pembebasan Constantinople

Cubaan pertama untuk membebaskan Constantinople berlaku pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan pada tahun 44 Hijrah . Muawiyah melantik anaknya Yazid untuk memimpin sekumpulan tentera. Tentera-tentera ini disertai juga oleh beberapa orang sahabat unggul pada zaman itu seperti Ibn Abbas dan Abu Ayyub Al-Ansari sendiri. Pada ketika ini, terdapat beberapa sahabat yang memberi pendapat bahawa tidak perlu untuk pergi misi peperangan yang sudah diketahui tidak akan berjaya, kerana akan mendatangkan kebinasaan. Pendapat ini mereka berikan berdasarkan firman Allah yang berbunyi

وَأَنفِقُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّہۡلُكَةِ‌ۛ

وَأَحۡسِنُوٓاْ‌ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ


“ Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”

(Al-Baqarah:195)

Abu Ayyub menentang pendapat mereka dengan menyatakan bahawa at-tahlukah di dalam ayat tersebut bukanlah membawa maksud kebinasaan dalam peperangan tetapi kebinasaan disebabkan sifat bakhil.

Bagi membuktikan kata-katanya itu, Abu Ayyub yang pada waktu itu berumur 80 tahun, menyertai pasukan tentera untuk membebaskan Constantinople. Pasukan tentera ini bergerak ke Constantinple. Setibanya mereka di Constantinople, pelbagai masalah timbul di mana umat Islam pada waktu itu tiada pengalaman berperang di laut sedangkan Constantinople adalah sebuah bandar yang kedudukannya di tepi laut. Tentera Islam pada waktu itu juga tidak biasa berperang dalam cuaca yang sangat sejuk. Lebih penting lagi, tentera Islam ketika itu tidak mempunyai maklumat berkenaan kekuatan pertahanan Constantinople. Perginya mereka ke Constantinople adalah atas keyakinan mereka terhadap janji Rasulullah S.A.W.

Kelemahan-kelemahan ini telah menyebabkan kekalahan tentera umat Islam dan akhirnya Abu Ayyub Al-Ansari syahid dan dikebumikan di pinggir kota Constantinople. Selepas kegagalan percubaan pertama ini, beberapa percubaan dilakukan tetapi tetap menemui kegagalan.

Sultan Mehmet Al-Fateh

Sultan Mehmet ialah pemerintah ke-7 kerajaan Turki Uthmaniyyah. Baginda dilahirkan pada tahun 1432 Masihi. Merupakan anak kepada Sultan Murad II. Sewaktu umurnya 9,10 tahun, baginda mendapat tarbiyyah daripada Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani. Sultan Murad memberi keizinan untuk memukul anaknya itu jika perlu. Apabila Syeikh Al-Kurani memberitahu kepada Mehmet akan hak yang telah diberikan oleh ayahnya itu, Mehmet ketawa lalu Mehmet dipukul oleh gurunya itu. Semenjak peristiwa itu, Mehmet berjaya menghafal Al-Quran dalam waktu yang singkat.

Sultan Mehmet juga mendapat pendidikan daripada Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin). Asy-Syeikh Ak Samsettin merupakan murabbi Sultan Mehmet Al-Fatih yang hakiki. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Hamzah Ad-Dimasyqi Ar-Rumi. Syeikh Samsettin ialah keturunan Saidini Abu Bakar As-Siddiq. Beliau mengajar Sultan Mehmet ilmu-ilmu asas iaitu Al-Quran, Hadith, Feqah, Linguistik dan juga ilmu kemahiran seperti Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu peperangan dan sebagainya.

Sewaktu Sultan Mehmet berusia 14 tahun, baginda telah dilantik menjadi gabenor. Tradisi kerajaan Turki Uthmaniyyah ialah, anak sulung kepada khalifah akan dihantar menjadi gabenor pada usia seawal mungkin sebagai latihan pemerintahan.

Apabila Sultan Mehmet dilantik menjadi Khalifah, baginda mula mengkaji punca-punca kegagalan tentera Islam dalam cubaan untuk membebaskan Constantinople. Baginda juga menyelidik akan kekuatan pertahanan pihak lawan dan keadaan sosial penduduk Constantinople ketika itu.

Keadaan sosial penduduk Constantinople

Sebelum menyerang Constantinople, Sultan Mehmet telah menghantar utusannya, Mahmud Basya berjumpa dengan Raja Constantin ketika itu. Raja Constantin di minta untuk menyerahkan Constantinople dengan aman, tetapi ditolak. Raja Constantin yang merasa risau akan kedudukan kuasanya meminta pertolongan daripada kuasa Eropah Timur. Eropah Timur berjanji untuk memberikan bantuan sekiranya penduduk Constantinople mengikut mazhab ikutan mereka iaitu Kristian Katholik, sedangkan penduduk Constantinople ketika itu berpegang kepada Kristian Orthodoks. Raja Constantin bersetuju dengan perjanjian itu dan menyampaikan berita itu kepada rakyatnya. Rakyat memberontak dan tidak bersetuju dengan perkara ini sehingga ada yang mengatakan ”Kami lebih rela melihat serban-serban Turki daripada topi-topi Latin dari Eropah di kota ini”.

Keadaan ekonomi penduduk ketika itu juga sangat teruk dimana mereka dikenakan cukai yang tinggi. Saintis di kota ini tidak bebas. Banyak saintis dipenjarakan kerana tidak sependapat dengan pihak pemerintah.

Peperangan

Sultan Mehmet berjaya mengumpulkan 250000 tentera untuk menyerang Constantinople. Pada 6 April 1453M Sultan Mehmet Al-Fateh dan tenteranya tiba di hadapan kota Constantinople. Baginda menyampaikan khutbah di hadapan tentera Islam bagi meningkatkan semangat jihad mereka. Pada waktu ini, tentera Islam telah mengepung kota Constantinople tetapi mereka tidak berjaya memasuki pintu utama kota ini yang berada di Golden Horn kerana jalan masuk ke Golden Horn telah dihalang dengan rantai besi raksasa (Garis merah dalam peta di bawah)


Rantai besi raksasa yang menghalang pintu utama ini menyukarkan tentera Islam menguasai Constantinople. Sultan Mehmet Al-Fateh mengadakan perbincangan dengan tenteranya. Ketika ini, Sultan Mehmet Al-Fateh telah memberikan suatu idea yang sangat hebat yang tidak pernah difikirkan oleh mana-mana manusia sebelum ini. Sultan Mehmet Al-Fateh mengerahkan tenteranya membawa masuk kapal-kapal ke Golden Horn melalui jalan darat(Garisan kuning dalam peta di atas). Pada malam itu, tentera Islam dengan semangat yang luar biasa berjaya membawa 70 buah kapal melalui jalan bukit sejauh 3 batu!!

Pada paginya, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir tentera Islam dari Golden Horn. Mereka semua merasa terkejut dan pelik bagaimana kapal-kapal tentera Islam boleh memasuki Golden Horn. Sehingga ada yang beranggapan Sultan Mehmet menggunakan khidmat jin dan syaitan. Kejayaan tentera Islam memasuki Golden Horn telah menaikkan lagi semangat tentera Islam. Serangan dilakukan dengan lebih hebat lagi dan akhirnya tentera Islam beroleh kemenangan dengan keizinan Allah.

Kemenangan

Sultan Mehmet Al-Fateh segera melakukan sujud syukur di atas kemenangan tersebut. Kemudian baginda pergi ke Gereja Aya Sofya di mana disitu ramai penduduk yang sedang menyembunyikan diri. Kedatangan baginda di gereja itu menimbulkan ketakutan dalam hati penduduk Constantinople. Para paderi ketika itu sujud ke tanah kerana mereka takut akan di bunuh. Sultan Mehmet Al-Fateh meminta paderi-paderi itu berdiri dan baginda menjamin keselamatan penduduk Constantinople. Pada waktu itu, penduduk Constantinople berasa lega kerana mereka yakin bahawa Sultan Mehmet Al-Fateh akan menjadi seorang pemimpin yang adil.

Kesimpulan

Jika dibandingkan cubaan pertama yang disertai oleh Abu Ayyub Al-Ansari dan cubaan oleh Sultan Mehmet Al-Fateh, kedua-dua tokoh ini memenuhi syarat syariatullah. Tetapi, Sultan Mehmet Al-Fateh juga memenuhi syarat sunnatullah. Di mana untuk menang dalam peperangan, strategi dan persediaan yang berkesan adalah sangat diperlukan.

Sultan Mehmet Al-Fateh adalah seorang manusia biasa yang berusaha secara luar biasa. Dengan melaksanakan syariatullah dan sunnatullah, Sultan Mehmet Al-Fateh telah berjaya menjadi pemimpin terbaik sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadis Rasulullah S.A.W.

Oleh itu, jika kita ingin membebaskan umat Islam daripada tekanan yang diberikan oleh musuh-musuh Islam, kita perlu menjadi umat Islam yang bertaqwa iaitu yang melaksanakan syariatullah dan sunnatullahnya dengan seimbang di dalam kehidupan.

Wallahu A’lam Bissowab….

http://kuliahnet.wordpress.com

Link Rujukan :

KhairaUmmah.com

sumber:http://www.ipij.info/modules/article/view.article.php?78

Sunday, November 8, 2009

"IMAN, KAMU CUTI HARI INI..??"

Iman : Assalamualaikum.

Diri : Wa'alaikumussalam. Oh, Encik Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. kamu cuti ke?

Iman : Apa pulak cuti bos. Saya kan diberikan cuti.
Diri :Oh ye,lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En.nafsu bekerja. Tapi jadi kelam-kabut lak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari itu, saya teringatkan kamu.

Iman : Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambik balik jawatan saya dari En.Nafsu?

Diri : Eh,tak boleh(3x). Saya sayang sangat nak pecat En.Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya mengiburkan saya. (sambil tersenyum..)

Iman : Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.(dgn nada sedih)

Diri : Eh,jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu.(sambil merayu)

Iman : Tapi bos, kami tak mungkin boleh bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. Saya tengok En.Nafsu tu macam anti sangat je dengan saya.

Diri : Aduh, rasa serba salah la pulak saya.(keliru)

Iman : Macam ni la bos. Bos boleh pilih satu je. Bos perlu bermujahadah untuk pecat En.Nafsu, bos.

Diri : Saya tahu. Jauh dalam lubuk hati saya, saya amat memerlukan kamu, En. Iman. Rasa iri hati saya tengok syarikat sebelah ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En.Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku. En.Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik Jabatan Solat, Puasa, Zikir, Al-Qur’an dan apa-apa yang patut.


Iman : Alhamdulillah,syukur sangat. Nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak lagi bernas. Kalau bos teruskan prestasi cemerlang ni,saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah s.w.t) sebagai Muttaqin.


Pengajaran:
Kitalah bos kepada diri sendiri. Dan kitalah yang menguruskan semua tentang diri, makan, minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan iman kita (macam planner). Oleh itu, lakukanlah keputusa terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang dapat menyuburkan iman. Malahan, jangan sesekali ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.



Maksudnya: “ Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(Surah al-Baqarah 2: 148)


Dipetik: Majalah Solusi Isu 13 (2009). Apa tunggu lagi. cepat,dapatkan sekarang..!!

Wednesday, October 28, 2009

::SALAM IMTIHAN::




Bismillahirrahmanirrahim..


salam ukhuwah..




kaifa halukum..semoga semuanye brada di dlm lindungan rahmat-Nya..




masa kian berputar..sedar xsedar imtinan nihaei mkin hmpir tiba..
namun,diri ini msih ada tnggungjawab yg prlu dselesaikan..
blh dikatakan tiap2 sem psti ada tugasan yg prlu dilakukan di saat akhir mnjelangnye imtihan..
sabarlah duhai hati..ada hkmah dsbalik pe yg sdh blaku..jd,husnu dzanni..jgn dijdikan 1 beban..
kuatkan semangat..kuatkanlah diri ini utk trus mujahadah..insyaAllah..


dikesempatan ini,sblm pulang ke kmpung hlamanku..(esok..hehe)..beznyer..
ana ingin mngucapkan salam imtihan buat sahabat2 dan sesiapa shj yg akan mnghadapi imtihan xlme lg..ma'an taufiq wan najah..usaha+doa+tawakkal..


jd,sahabat-sahabat semua..usaha jgn lupe..doa sentiasa..
doakn juga utk diri ini dan pd semua..

salam imtihan..!!selamat bermujahadah..!!Man Jadda wa Jada..!!


Bismillahirrahmanirrahim…Ya Allah, berikanlah kami kesempatn waktu untk memohon dariMu..anugerahknlah kjyaan dlm peperiksaan kami ini..anugerahkanlah kejayaan kepada semua rakan-rakan kami..jangan ada antara kami yang sedihnya sendirian..andai telah tulis di luh mahfuz akan kegagalan kami maka ubahlah menjadi kejeyaan..Engkau yang Maha Agung, mudah-mudahan keputusan fasa ini lebih cemerlang dari sebelumnya..Kejayaan mengiringi kami..berkatilah ilmuMu kepada kami agar dapat dimanfaatkan ke jalan Mu yang di redhai..aminn..sebarkan doa ini, mungkin ada di antara kita yg doanya dimakbulkan Allah..insyaallah...

"..Ya ALLAH..Permudahkanlah sahabatku ini menduduki imtihan duniaMu, jadikan debaran dijiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhoMU, dengarilah rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmuMU.."

Sunday, October 25, 2009

::SABARLAH::




Sedikit perkongsian ikhlas dari seorang sahabat ana..syukran jazilan..(^_^)


JENIS-JENIS SABAR



a) sabar menunaikan kewajipan yang difardhukan seperti sabar mengerjakan solat.
b) sabar menanggung ujian yang menimpa seperti malapetaka, penyakit berjangkit dan sebagainya.
c) sabar menerima cemuhan dan penganiayaan orang.
d) sabar dengan kemiskinan, lambat senang walaupun giat berusaha.
e) sabar daripada melakukan maksiat, zahir dan batin.

f) Allah memberi ganjaran yang tidak terkira kepada orang yang sabar kerana:
i) sabar itu adalah amalan para nabi, rasul serta orang salih.
ii) sabar itu sukar hendak dilaksanakan dan memerlukan pengorbanan.
iii) orang yang sabar adalah musuh syaitan.
iv) orang yang sabar adalah kekasih Allah.
v) orang yang sabar itu sentiasa dipuji dan didoakan.

g) seseorang yang hendak mempraktikkan sifat sabar dalam dirinya hendaklah:
i) membiasakan dirinya dengan keadaan yang susah.
ii) mengingatkan setiap kejadian itu ada hikmah Allah disebaliknya.
iii) selalu memerhati dan menginsafi kesusahan yang ditanggung oleh orang lain.
iv) membanyakkan puasa dan bersedekah kepada orang miskin dan anak yatim.
v) membiasakan diri bergaul dengan orang miskin dan hidup melarat

h) Sabar itu boleh menenangkan fikiran apabila:
i) merasakan apa yang menimpa kita adalah ujian Allah.
ii) merasakan jika kita tidak sabar ujian itu tetapi terjadi dan tidak boleh dielakkan.
iii) merasakan jika kita tidak sabar mendapat ganjaran besar dari Allah, malah berdosa kerana tidak reda dengan ujian Allah.
iv) meyakini bahawa berusaha mengatasi kesulitan itu satu ibadat yang berpahala jika menepati syariat Islam.

i) Sabar yang paling tinggi darjatnya ialah sabar yang dimiliki oleh para rasul, terutama Rasul-Rasul yang berpangkat Ulul Azmi kerana:
i) mereka sabar menjalankan perintah Allah dalam menyampaikan dakwah.
ii) mereka sabar menanggung ujian Allah.
iii) mereka sabar dengan perbuatan jahat kaum mereka.
iv) mereka sabar kerana tidak berdoa kepada Allah supaya kaumnya ditimpa azab kerana ingkar seruan mereka.




Maksudnya : “ Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.”
(surah Al-Imran 3: 120)


Maksudnya: ” Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.”(surah al-Imran 3: 200)


Maksudnya: ” Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang.”
(surah Taaha 20: 130)


Maksudnya : ” Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.”
(surah fussilat : 41: 35)

Jika tiada pintu Sabar, kita akan ke mana..??

Salam Alaik..

Jiwa orang Mukmin.. sebarkanlah di dalamnya erti sabar. Fahami dan hayati. Memang ALlah telah menjadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran.

Sabar itulah kekuatan, padanya ada kemuliaan..

Tahanlah hati sebentar, walaupun terkadang ia mendesah-desah seolah-olah ingin pecah. Untuk
menggapai kejayaan perlu sabar. Untuk mendapatkan kebahagiaan perlu kepada sabar. Untuk
mendapat kesenangan perlu kepada sabar.

Orang beriman yang bertani diambil pengajaran darinya - setiap hari ia menyangkul tanah,
digembur, di tanam tanaman, dibajai, disirami dengan air. Selalulah ia berharap kepada ALlah
agar tanamannya gemuk. Semoga di hari yang mendatang akan dituai hasilnya buat makan
sehari-hari.

Dia tidak lupa mengerjakan kewajipan yang disuruh ALLAH, malah ia gemar pula bersedekah pada orang yang susah walaupun dia sendiri sudah sedia sukar hidupnya.

Lalu ALLAH ingin menguji kekuatan iman - diberikan hujan dari langit hingga habis rezeki si petani yang selama ini ditanam, dikerah tenaga dan air peluhnya. Keesokan harinya petani yang beriman itu terkejut melihat tanamannya telah habis musnah. Jika tiada imannya pada hari itu, hendak sahaja ia menjerit, memaki hamun takdir ALLAH. Mungkin sahaja hilang akalnya kerana memikirkan penah lelahnya selama ini habis percuma begitu sahaja.



Tetapi kerana iman yang masih melekat di hatinya - diturut sahaja perkataan sabar kerana ALLAH. Petani yang beriman itu tersenyum - Ya ALLAH, hari ini Engkau berikanku ujian, Aku bersyukur ia hanya mengenai tanamanku, tetapi ia tidak menggugat imanku. Aku pastinya akan lebih berusaha bersungguh-sungguh kerana walaupun tanamanku digenangi air. Tetapi nampaknya banyak ikan yang berenang sebagai rezeki yang tidak diduga telah Engkau berikan..
sebagai rezeki yang tidak diduga telah Engkau berikan..

"Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan ALLAH dan meninggalkan laranganNya),
mereka dibalas oleh ALLAH dengan syurga dan (persalinan dari) sutera. "(Al Insan 76:12)



Sumber: Journal @ Nasyidfm - http://www.nasyidfm.net/journal

Saturday, October 17, 2009

..::Meraih Cinta ALLAH::...


Ya ALLAH…
Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan
Keindahan dunia ini menganggu ku
Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku
Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU


Aku runsing Ya ALLAH
Aku berlari ke sana dan ke sini
Aku mencari dan terus mencari
Dimanakah ku tagih cinta Ilahi
Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri
Sedang aku tidak diuji
Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali
Andai bisa aku berbicara denganMU
Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku
Sungguh aku bukan bercakap kosong
Inilah keluhan hatiku
Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU….


Ampuni aku Ya ALLAH
Aku lemah lagi tak bermaya
Melawan sesuatu yang digelar fana dunia
Aku tak mampu
Ya ALLAH,
Belenggu ini menghimpit ku…
Belenggu ini menghiburkan hatiku
Sehingga aku senang dengannya
Sehingga aku takut kehilanganna
Sedang cintaMU itu sangat luar biasa…
Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya…


Sungguh aku tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU
Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU
Lalu ke manakah langkahku
Selayaknya dimanakah tempatku
Atas redhaMU ya Rabbi..
aku hanya menuruti
Andai aku diseksa, kan aku patuhi
Asalkan Kau meredhai hidupku ini

Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri ini
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama denganku,
tak kira apa keadaan imanku
Sesungguhnya
Ya ALLAH,
cinta ku hanya milikMU…


"Demi Allah yang Esa, sesungguhnya tidak disediakn jalan yag mudah untuk menuju cintaMU, mnitis air mata tatkala merasa semakin jauh.. Tetapi janji Allah tetap segar & mekar tiada pengkhianatan.. Kerana ku tetap yakin, Allah mengatakan: "Wajiblh cintaKU kepada orang-orang yang berkasih sayang padaKU.."

~(As-Syahid Hassan al-Banna)~


...sekadar perkongsian...



Wednesday, October 14, 2009


“....Sesungguhnya..ALLAH Memang Sengaja……….

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
Menjadi penilai yang baik…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita sedar
Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
Mengharapkan pertolongan ALLAH..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita sedar
Bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
Kerana mengingatkan kita bahawa dia
Bukanlah pilihan yang hebat untuk kita
Dan kehidupan kita pada masa depan….

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
Mengutip pengalaman yang tak semua orang
Berpeluang mengalaminya…
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita jadi
MANUSIA yang HEBAT JIWANYA

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita lebih
Faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ALLAH..


Memang ALLAH sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL..



Duhai sahabat yang kecewa derita, menderita dan
Sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa
Kehidupan kita makin sampai ke
Penghujungnya, hari esok pun kita
Sendiri tak pasti sama ada milik kita..
Gapailah keredhaan ALLAH dengan
Melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu
Untuk menolak permintaan dengan penuh
Pengharapan HANYA kepada-NYA..



"…Jika kau memandang segalanya dari Allah yg menciptakan segala, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sebab sakitnya hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, PASTI damai hatimu jika kau sedar..
Masakan Allah sengaja mentadbirkan segalanya untuk sia-sia..?
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, hancurnya hatimu..
Tapi mungkin itu yang dia mahukan ,kerana DIA tahu hati yang begitu selalunya lebih dekat dan akrab pada-Nya...”
ALLAH loves u unconditionally, how about U?..







Friday, October 9, 2009

JANGAN MARAH…لا تغضب


بسم الله الرحمن الرحيم

salam ukhuwah..asif jiddan ana xsmpt nk update blog ni..sekadar mahu bkongsi dgn antum sume artkel kt bwh ni..buat pesanan utk diri ini yg sering alpa dan ingin mencari keredhaan ilahi..لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Bagaimana rasa kita bila mulut yang pernah kita suap tiba-tiba menggigit kita? Atau bila seorang yang lemah lembut kononnya datang hendak membantu kita tetapi punya seribu satu rencana rahsia untuk menjatuhkan kita? Atau dia yang begitu memuji memuja bvila berhadapan mata tetapi menikam dengan belati umpatan dan celaan ketika di belakang kita? Atau kita berdepan dengan “pelakon” handalan yang pandai sekali bermuka-muka tetapi penuh dengan strategi dan dendam untuk menghancurkan keperibadian atau karier kita? Jawabnya… JANGAN MARAH!





Kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik – bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan ’musuh-musuh’ kita.
Menurut ajaran Islam kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api. Api itu panas dan membakar. Bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tidak seimbang – sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan. Malah, ada kesan biologi yang negatif apabila kita marah – degupan jantung, aliran darah, retina mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa. Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap… Benarlah seperti yang dianjurkan oleh Imam Ghazali apabila seseorang itu marah ” pandang betapa hodoh wajahmu di muka cermin!”

Namun, siapakah yang tidak pernah marah? Marah itu sebahagian daripada sifat tabi’e manusia. Tanpa marah, manusia bukan manusia lagi. Justeru, marah itupun satu anugerah. Dengan adanya sifat marah, timbullah semangat mempertahankan diri, keluarga bahkan agama. Ringkasnya, marah itu ada yang terpuji, ada yang dikeji. Marah yang terpuji bila sesuai pada tempat, sebab dan keadaannya.

Bila agama dikeji, kita mesti marah. Ketika itu jika kita tidak marah, Allah akan marahkan kita. Sebaliknya, bila diri peribadi kita yang dikeji, dianjurkan supaya bersabar. Ini soal personal. Memaafkan, lebih utama. Sayangnya, hal yang sebaliknya selalu berlaku. Bila agama dikeji, kita selamba. Bila diri dikeji, marah kita seakan menggila.

Bagaimana kita boleh menteladani Sayidina Ali r.a. yang masih mampu membezakan ’jenis’ marahnya di saat kritikal? Ketika dia diludah oleh musuhnya sewaktu hendak memancung kepala musuh tersebut, Sayyidina Ali tiba-tiba berhenti justeru merasakan marahnya bukan lagi atas semangat jihad fisabilillah tetapi oleh kebencian melulu yang lebih bersifat personal.

Termasyhur kata-kata ahli rohani, jika diri dikeji… telitilah, muhasabahlah, apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat? Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai ’teguran’ daripada Allah melalui lidah manusia. Koreksi dan perbaikilah diri segera. Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!

Namun itu tidak bermakna kita jumud hingga merelakan diri untuk sewenang-wenaangnya diperkotak-katikkan. Kesabaran perlu diiringi kebijaksanaan. Tabah bukan mendedahkan diri untuk difitnah. Tanganilah, hadapilah, kejian yang salah dengan cara yang betul. Hadapi emosi sipengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.

Jadikanlah kemarahan itu sebagai ’pekerja’ dan diri kita sebagai ’majikan’nya. Biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuknya. Jadi, mula-mula, tuluskanlah marahmu hanya kerana Allah semata. Kemudian luruskanlah marah itu pada jalan yang dibenarkan-Nya sahaja. Kemudian uruskanlah marahmu mengikut kadar dan batasnya…

Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakan mu kelihatan ’mentah’. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!

Tuesday, October 6, 2009

Isu Penempatan Ke Sekolah 2010




Bismillahirrahmanirrahim..

ALHAMDULLILAH

Pertama-tamanya saya mohon maaf untuk semua mahasiswa/i UPSI yang menunggu-nunggu hasil respon perbincangan saya dengan beberapa pihak. Besar sebenarnya isu yang kita hadapi. Bukan isu yang melibatkan seorang dua, tetapi melibatkan kita semua. Apabila berita daripada upsikini telah menyiarkan kenyataan TNCA sebenarnya pada pukul 8.45 pagi 5hb oktober 2009,pihak saya biro akademik dan kerjaya mpp 08/09 telah membuat temu janji dengan Prof Zakaria dalam mendapatkan respon beliau berkenaan dengan isu tersebut dan juga saya telah menghubungi bahagian pengurusan sumber di Kementerian Pelajaran Malaysia.

1) Respon dari TNCA

Sebenarnya, Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah kemungkinan besar akan mengalami kelewatan untuk dipostingkan dan bukannya mengalami pembekuan. Kelewatan tersebut tidak dapat dinyatakan jangkamasanya mungkin juga mengambil masa yang agak lama dari kebiasaanya dan mahasiswa/i diminta bersedia dengan kelewatan yang berlaku juga mungkin mengambil masa berbulan.Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam ‘Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia’ anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa pada 3hb Oktober 2009.
Sebenarnya saya juga hadir dalam simposium tersebut namun tidak mengikuti ucapan perasmian tetapi hanya ketika perbentangan satu kertas kerja sahaja yang berjaya diikuti disebabkan saya punya midterm sebelumnya.
Mengulas lagi isu ini, Prof mengulas, keadaan ini berlaku disebabkan keadaan ekonomi negara yang kurang stabil dan kerajaan tidak dapat memberi jaminan untuk memastikan semua graduan lepasan pendidikan akan dipostingkan tepat pada masanya dan perkara ini tidak hanya berlaku di UPSI namun juga IPG-IPG, DPLI dan semua fakulti-fakulti pendidikan di seluruh IPTA dan IPTS.
Tambah beliau lagi, keadaan lewat posting ini perlu semua mahasiswa/i UPSI ketahui dan bersiap sedia biarpun ada dikalangan mahasiswa/i adalah penerima biasiswa dan juga sebahagiannya merupakan peminjam PTPTN. Beliau juga menasihatkan mahasiswa/i mengambil langkah berjimat cermat melalui sekarang kerana kemungkinan besar bajet universiti akan dikurangkan disetiap bahagian 10-20%.
Menyentuh inisiatif yang dilakukan di peringkat UPSI, universiti akan membuka kos yang bukan hanya melibatkan pendidikan bagi memberi peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk bukan hanya mendapatkan pekerjaan bukan sahaja sebagai guru namun mampu untuk ditempatkan dalam prospek lain. Sebagai contoh kita dapat lihat, ijazah sarjana muda bahasa arab dengan pendidikan, ijazah sarjana muda pengajian malaysia. Mahasiswa/i juga dinasihatkan supaya merancang lebih awal dan bijak mencari peluang pekerjaan yang lain bagi menghadapi isu kelewatan posting ini.

2) Respon dari pegawai KPM, En Saufi Ketua Penolong Setiausaha Unit Perkhidmatan Guru (1), Bahagian Sumber Manusia

Saya mengambil inisiatif untuk berhubung terus dengan pegawai KPM yang terlibat dengan urusan posting ini.
Isu lewat posting sememangnya akan berlaku pada tahun hadapan. Kerajaan setakat ini akan mengambil guru mengikut unjuran-unjuran sebenar kekosongan guru di seluruh sekolah di malaysia. Berikutan dengan itu, mahasiswa/i dalam bidang pendidikan tidak akan dijamin dipostingkan dalam masa terdekat sebaik sahaja mereka graduat. Kelewatan untuk posting juga dikatakan berikutan perubahan sistem 2 kali penempatan ke sekolah berbanding 4 kali penempatan sebelumnya. Kemungkinan masa yang diambil untuk mahasiswa/i dipostingkan adalah lebih lama dari kebiasaan kesan daripada perubahan sistem ini.
Mengulas mengenai isu posting, mengenai interview yang dilakukan kepada lepasan UPSI yang baru sahaja bergraduat bulan lapan yang lepas, ramai dikalangan mereka gagal dalam ujian INSAK . Seramai lebih kurang 400 orang gagal ujian insak dan 20%-30% dari UPSI. Hal ini kemungkinan dilihat kurang bersedia apabila menghadapi interview samaada dari segi mental dan fizikalnya dan juga masih lagi kurang dalam kemahiran berkomunikasi terutamanya. Keadaan ini sememangnya serius dan perlu diambil kira oleh kita semua yang bakal bergraduat kelak.
Bagi pelajar DPLI, mereka tidak perlu lagi untuk interview apabila tamat pengajian kelak berikutan telah diinterview sebelum pengambilannya. Beliau juga bersedia untuk bertemu dengan mahasiswa/i tahun akhir terutamanya dalam memberi penerangan terus berkenaan dengan isu penempatan dan kretiria dalam interview.
Saya menyeru kepada mahasiswa/i UPSI supaya bertenang dan bersabar, kerana sememangnya isu ini bukannya isu kita tidak dapat posting cuma isu kita lambat posting. Apa-apapun saya akan maklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa.

‘Transform with knowledge’
Mahasiswa Kebajikan
NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF
Exco Akademik & Kerjaya MPP UPSI 08/09

boleh rujuk sini..http://guruohguru.wordpress.com/

syukran jazilan 'ala ukhti aqilah ats respon ini..(^_^)

Monday, October 5, 2009

TNC (A&A): Penempatan ke sekolah dibeku bermula 2010


salam ukhuwah kpd antum semua yg sudi ziarah d blog ana..pe yg ana inginkn kongsikn di sini bkenaan isu di bwh ni yg ana bru dpt dr sahabat ana..sedikit sbnyak bkaitan dgn ana..(tp mmg byk pn..)expacially,kpd sume cikgu-cikgi d luar sne..sila ambl phatian thadap isu ini..adakah wajar pkara ini berlaku..??dan mungkinkah ini hal ini blaku hnye ksilapan yg tdak disengajakan..??fkir2kan..

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.


Jadi..??pe pandangan anda tntang isu ini..??dan kita tnggu dan lihat ape pkembangan slps ini..hrp2 ini hnye khabar angin dan bknlah knyataan sbanr..dan kalaupn, ia berita benar..same2lah kita semua bdoa..moga2 ini sume ujian dan hikmah yg kita xtahu dsbaliknya..wallau'alam..

Wednesday, September 30, 2009

..::Afdal Qada Hutang' Ramadan Sebelum Mulakan Puasa Enam Syawal::..


Bismillahirrahmanirrahim..salam ukhuwah..
disebabkan masa yg amat terhad skrg (ketandusan idea mngkin..huhu),ana xberkesempatan utk update post bru utk blog..hnye mampu menyampaikan artkel yg ingin dikongsi bersama..insyaAllah,ada mase terluang akan mnulis lg tinta di sini..(^_^)

Oleh Dr Abdul Basit Abd Rahman
Sumber : Berita Harian, 9hb Oktober 2008

HUKUM puasa sunat enam Syawal adalah sunat. Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal kerana 1 Syawal adalah Aidilfitri dan dilarang berpuasa pada hari itu. Abu Hurairah berkata yang bermaksud: "Nabi SAW melarang puasa pada hari Aidilfitri dan Aidiladha." (Hadis sahih al-Bukhari)

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib Ramadan. Namun sering kali menjadi perbincangan kalangan ulama bagaimana sewajarnya puasa itu dilaksanakan sama ada secara berturut-turut atau terputus.

Pandangan lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah SAW menganjurkan puasa sunat enam hari ini, Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.

Maka puasa enam boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal. Adalah lebih afdal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa." (Surah Ali-Imran, ayat 133)

Selain cara melaksanakannya, timbul juga perbincangan apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika mempunyai hutang puasa Ramadan yang belum diqada. Ada dua pendapat ulama dalam masalah ini.

Pendapat pertama, boleh melakukannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW." (Sahih Muslim)

Ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, Aisyah tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.

Pendapat kedua, tidak boleh melakukannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang dikemukakan di awal risalah ini. Hadis itu berbunyi: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

Rasulullah SAW mensyaratkan berpuasa Ramadan terlebih dulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari dalam bulan Syawal. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadan. Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqada terlebih dulu barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Jika diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat) kerana menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

Namun, jika seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qada kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadakan sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat pertama boleh diterima berdasarkan apa yang dilakukan Aisyah.

Menurut Imam An-Nawawi, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: "Qada puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqada adalah secara bertangguh, tidak disyaratkan qada terus apabila boleh melakukannya."

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: "Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan, sunat dia mengqadakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qada Ramadan melakukan puasa sunat."

Sementara pendapat menggabungkan puasa qada dan puasa enam dan akan diberi ganjaran kedua-dua pahala dengan puasa yang satu, berlaku khilaf di kalangan ulama, sebahagiannya berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardu lain atau dengan puasa sunat lain. Jika dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardu dan sunat.

Ada kalangan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.

Selepas dikaji, pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai hamba yang tunduk kepada Allah, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri mencari keredaan Tuhannya.

Amalan sunat adalah sebagai penampal kepada kekurangan dalam amalan fardu. Sempurnakan dulu qada beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa depan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib, diharapkan Allah akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat." (Sahih Al-Bukhari)

Thursday, September 17, 2009

..SaLam Eid MubaRaK..


khamis,17 september 2009, 27 ramadhan 1430..kamar beradu,mahallah jam'iati..(^_^)

salam ukhuwah kpd semua terutama kpd yg sudi ziarah di blog ku yg xseberapa ini...masih ada kelemahan yg perlu dperbaiki..ada info tbaik blh komen di blog ana..syukran jazilan..

xde apa yg perlu dicoretkan di sini..(xde idea sebenarnyer,hehe)..sekadar ingin membuat ucapan kpd semua bloggers,sahabat-sahabat,atau sesiapa shj yg sedang mmbaca entry ana skrg ni..(pe bnde melalut ni..=p)asif jiddan..

salam eid mubarak!!salam aidilfitri,maaf zahir dana batin,di atas semua salah dan silap..tersalah kata dan tersalah bicara..terutama kpd sahabt dan sahabiah yg mnegenali ana..buat ibu dan abah yg berada di baiti jannati,selamat hari raya adilfitri..anakanda ini ingin meohon segala salah dan silap dr kecil lg hingga sebesar ini..syukran jazilan atas semua pengorbanan,dorongan,nasihat,sokongan yg diberikan..dan juga adik-beradikku, ukhtiku yg bakal menikah pd syawal ini..insyaAllah..akhi,wa ukhti soghir..wa akhi soghir..(rindu kt adik sgt2..semoga sentiasa dirahmati dan dipayungi rahmat-Nya di dunia dan akhirat..ameen..insyaAllah..

tidak ku lupa juga buat Allahyarhamm ayah tercinta yg sudah masuk genap 4thn dijemput panggilan ilahi..tatkala syawal menjelma,hatiku sayu,sedih dan kadangkala menitis air mata mutiara dr 'ainaini..rindu,terkenang kenangan kita bersama usrati,tika menyambut aidilfiri di kampung halaman..sekalung doa Al-Fatihah ku hadiahkan buat titipan kpd mu ayah..semoga ayah tenang dan ditempatkan di kalangan orang yg beriman..insyaAllah..

Syawal yg bakal kunjung tiba,dan ramadhan pun mula melabuh tirainya..ku menharapkan semoga ramadhan kali ini penuh bermakna buat diriku..dan dapat merasainya pada tahun seterusnya..insyaAllah..

wa akhiran,salam aidilfitri ku tujukan buat semua..tidak kira siapa pun..salam eid mubarak..!!maaf zahir dan batin..salamesrabadikhlaselamanya..

..wa ila liqa'..ma'a salaamah..(^_^)

Friday, September 11, 2009

..Ujian Tarbiyyah Diri..



Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

ramadhan kareem wa edi mubarak..!!apa khabar iman kita hari ini?(utk diri ini juga)

alhamdulillah segala puji bg-Nya,sudah genap kita semua b'puasa 21 Ramadhan 1430H..

ramadhan kian hampir melabuh tirainya..tiba syawal yg bakal menjelma tiba..

bersama-samalah kita menghabiskan hari-hari terakhir di akhir bulan barokah wa

maghfirahyang moga kita berjaya merebut pahala yg berganda-ganda pada 1oo1 malam

lailatul qadar..insyaAllah..

dan di saat-saat akhir inilah hatiku diuji dengan berbagai-bagai perkara yg banyak

menguji keimananku.. fikiran,hati,perasaan..sabarlah wahai diri ini..tabahkanlah

hati..syukran ala abi wa umi yg banyak memberiku semangat,dorongan dan sokongan

padaku..mungkin apa yg terjadi atsa khilafku sendri tanpa disedari..ada hikmah

tersembunyi..Allah tidak akan memberati hamba-hambanya dengan ujian yang kita tidak

mampu memikulnya..wallahu ma'a maakirin..sesungguhnya Allah itu sebaik-sebaik

perancangan..



firman Allah S.W.T:


.."Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"..

(surah Al-Baqarah 2:286)



"Tidak seorang hamba yang berdosa kemudian ia wudhu dengan sempurna kemudian sembahyang dua rakaat dan membaca istisgfar (minta ampun) kepada Allah melainkan diampunkan oleh Allah baginya. Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat (Yang berbunyi): "Wa man ya'mal su'an yadh lim nafsa hu tsumma yas tagh firillah yajidillaha ghafura rahiema. (Yang bermaksud): Dan siapa berbuat kejahatan atau aniaya pada diri sendiri kemudian membaca istighfar (minta ampun) pasti akan mendapatkan Allah maha pengampun lagi penyayang."

mengenal allah dengan ilmu ibarat orang yang tahu gula...tetapi jika mengenal allah dengan hati maka seperti orang yang merasa gula...

Tuesday, September 8, 2009

::SUBHANALLAH..!!::

::KALIMAH ALLAH DAN MUHAMMAD::

Sekiranya koordinat-koordinat (titik-titik yang mewakili kedudukan surah dan bilangan ayat) dicantumkan, kelihatan kalimah Allah terbentuk. Apabila kordinat-kordinat ini cantumkan dengan cara yang lain, maka kalimah Muhammad pula terbentuk!








Apa akan jadi kalau kedudukan surah berubah?

Sekiranya kedudukan surah diubah secara sesuka hati, maka graf kalimah Allah dan Muhammad ini akan runtuh sama sekali. Ini menunjukkan bahawa susunan al-Quran tidak boleh diubah! Sayugia diingatkan bahawa semasa al-Quran diturunkan 1400 tahun yang lalu kertas graf belum wujud! bahkan seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, sistem nombor pun belum wujud!

Kehebatan dan kecanggihan susunan surah-surah al-Quran boleh jiga disaksikan apabila kita membuat analisis keatas nombor-nombor surah dan jumlah ayat bagi setiap surah. Sekiranya kita campurkan nombor-nombor surah al-Quran, iaitu (1+2+3+4+5+6+7+8+8+10+..+..+..+... hingga +114 (nombor surah terakhir) jumlah campuran tersebut ialah 6555. Sekiranya dicampurkan semua ayat al-Quran (dari surah pertama hingga surah ke-114, iaitu surah terakhir) jumlahnya ialah 6236.

Surah-surah al-Quran dan jumlah ayatnya boleh dikategorikan kepada Nombor surah yang ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil. Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap. Sebagai contoh nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil ialah surah al-Fatehah. Surah ini surah nombor 1 dan bilangan ayatnya 7. Satu contoh lagi ialah surah Hood iaitu surah 11 bilangan ayatnya ialah 123. Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap pula sebagai contoh ialah surah ke 3 iaitu surah ali-Imran yang mempunyai bilangan ayat 200. Satu lagi contoh ialah surah ke-5 iaitu surah al-Maidah yang mempunyai bilangan ayat 200 ayat. Satu kategori lagi ialah nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap. Sebagai contoh surah surah ke-6 iaitu surah al-An'am mempunyai 165 ayat dan surah ke-2 iaitu surah al-Baqarah yang mempunyai bilangan ayat 286 ayat. Sekiranya surah-surah ini dikategorikan kepada sama jenis dan berlainan jenis umpamanya kategori sama jenis ialah (nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap) jumlah semua surah dalam kategori ini ialah 57 surah, sementara satu kategori lagi ialah kategori berlainan jenis iaitu surah yang mempunyai nombor genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap, jumlah surah dalam kategori ini juga ialah 57 surah. Ini menunjukkan perimbangan surah-surah al-Quran!. Susunan yang lain tidak akan menghasilkan perimbangan. Sekiranya semua nombor yang terkandung dalam kategori sama jenis termasuk semua nombor surah dan jumlah ayat dicampurkan, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan campuran semua ayat al-Quran, mengapa jumlahnya boleh sama dengan jumlah campuran semua ayat al-Quran? dan apabila semua nombor yang terdapat dalam kategori berlainan jenis dicampurkan termasuk npmbor-nombor surah, jumlahnya ialah 6555, mengapa jumlahnya sama dengan mencampurkan semua nombor surah?. Jumlahnya sama kerana susunan surah-surah tersebut. Sekiranya susunan surah dan bilangan ayat diubah, maka perimbangan ini akan musnah sama sekalui. Quran tak boleh diubah! Para pembaca boleh menyemak sombor surah dan bilangan ayat tersebut dalam laman web yang tertera di atas sebelah kanan muka suat ini.

Persoalan-Persoalan Menarik!

Bagaimana susunan surah-surah al-Quran boleh seimbang antara jumlah campuran nombor-nombor surah dengan campuran surah-surah dalam kategori yang tidak sama jenisdan bagaimana jumlah campuran semua ayat al-Quran sama dengan campuran surah-surah dalam kategori sama jenis sedangkan pada masa itu belum wujud lagi sistem nombor? PASTI INI SEBAGAI BUKTI MAHABIJAKSANANYA ALLAH S.W.T. DAN MAHA MENGIRANYA ALLAH S.W.T.

Keseimbangan Yang Lain

Sekiranya nombor surah dicampurkan dengan bilangan ayatnya, umpamanya surah al-Fatehah adalah surah 1 dan bilangan ayatnya 7 (1+7=8), surah al-Baqarah surah 2 dicampurkan dengan bilangan ayatnya (2+286=288) dan seterusnya sehingga surah terakhir surah ke-144 iaitu surah an-Nas bilangan ayatnya 6 (114+6=120). Sekiranya jumlah campuran antara nombor surah dengan bilangan ayat yang jumlahnya ganjil dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6555 iaitu sama dengan jumlah campuran semua nombor surah. Dan sekiranya jumlah campuran antara nombor surah dan bilangan ayat yang jumlahnya genap dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan jumlah ayat al-Quran. Sekiranya diubah kedudukan surah maka jumlah ini tidak akan dapat dihasilkan.

Keseimbangan Ini Lebih Menakjubkan!

Sekiranya nombor-nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil dicampurkan sekali, jumlahnya ialah 1551. Nombor-nombor surah tersebut adalah seperti berikut. 1, 9, 11, 13, 15, 17, 25, 27, 29, 33, 35, 39, 43, 45, 57, 63, 81, 87, 91, 93, 97, 101, 103, 105, 107, 111, 113. Pembaca boleh gunakan mesin kira untuk mengiranya, tapi cuba bayangkan zaman Nabi dimana sistem angka belum ada. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah 1551. Sekarang campurkan pula nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil. Nombor-nombor surah tersebut ialah: 6, 8, 10, 12, 20, 26, 36, 40, 42, 44, 46, 48, 50, 52, 54, 60, 62, 76, 82, 84, 86, 92, 96, 100, 104, 108, 110. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah 1554. Sekarang campurkan jumlah campuran nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil (1551) dengan jumlah campuran nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil. (1554). (1551+1554=3105). Sekarang kira berapa banyak nombor-nombor surah tersebut? Nombor-nombor surah adalah 54 semuanya. Berapa pula bilangan surah dalam al-Quran? Bilangannya ialah 114. Lihat formula ini:

Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat ganjil (54), bilangan surah dalam al-Quran ialah 114. Jumlah campuran 3105= 54 / 2 X (114 +1)=27 X 115. Sekiranya susunan nombor surah ini diubah sesuka hati seeperti yang dicadangkan oleh orientalis Barat, maka jumlahnya tidak boleh disesuaikan dengan formula (jumlah surah/2 X Bilangan surah al-Quran +1).



Sekiranya nombor-nombor surah yang mempunyai bilangan ayat genap pula dicampurkan, jumlahnya ialah 3450. 3450= (Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat genap)/2 X (Bilangan surah al-Quran +1)=60/2 X (114 +1)=30 X 115.

Ada sesiapa yang boleh menolak ini sebagai satu yang menakjubkan. Ingat semasa al-Quran diturunkan, sistem nombor belum wujud!.

Can anybody refute this as an amazing phenomena. Bear in mind that there were no number system when the Quran was revealed!

可有人反驳,这是一个惊人的现象。记住,没有任何数量的系统时,可兰经被发现!


.:AL-QuR'aNuL KareeM..MukjiZat TeraGung..كلام الله معجزة

AL-QURAN MU'JIZAT TERAGUNG


Al-Quran merupakan mu'jizat yang teragung yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kebanyakan orang-orang Islam tahu bahawa al-Quran merupakan mu'jizat teragung namun tidak ramai yang pernah menyaksikan mu'jizat al-Quran. Ada di kalangan orang Islam yang mengatakan bahawa mu'jizat al-Quran itu boleh dirasai apabila seseorang membaca al-Quran. Mereka akan rasa tenang, semakin dibaca maka semakin seseorang itu suka kepada al-Quran. Allahu A'lam mungkina dakwaan tersebut benar, namun mu'jizat merupakan fenomena mena'jubkan yang boleh dilihat dan dicerap oleh semua orang terutama mereka yang mencari bukti kebenaran al-Quran dan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.


.
Mengapa Mu'jizat al-Quran Tidak Dapat Dilihat?
.
Mu'jizat al-Quran bukan merupakan mu'jizat hissi (pancaindera). Ia adalah bersifat maanawiyy dan ia akan dapat dirasai apabila al-Quran dibaca, difahami kandungannya dan dikaji atau diselidikki. Kalau tidak dilakukan perkara ini, maka mu'jizat al-Quran tidak akan dapat dilihat. Sebab itulah orang-orang Islam perlu baca, faham, kaji dan amalkan akan isi kandungannya! Mu'jizat al-Quran boleh dibahagikan kepada beberapa jenis (i). Mu'jizat dari segi syariat atau perundangan (ii). Mu'jizat dari segi Ilmu dan Sains (iii). Mu'jizat dari segi muzik .

Mu'jizat Dari Sudut Sains Dan Matematiks.
Bila al-Quran Di Turunkan?
.

Al-Quran diturunkan 1400 tahun yang lalu. Surah-surah yang terdapat dalam al-Quran berjumlah 114 surah diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari. Ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. menerusi Malaikat Jibreel. Surah-surah al-Quran diturunkan bukan seperti susunan yang ada sekarang. Surah pertama yang diturunkan ialah surah al-Alaq, surah ke dua ialah surah al-Mudatheer, surah ketiga diturunkan ialah surah al-Muzameel dan seterusnya. Walaupun demikian, surah-surah al-Quran sekarang tidak serupa dengan susunan semasa diturunkan! Siapakah yang menyusunnya?.
.
Fakta Penting
.

Semasa al-Quran diturunkan, sistem angka Muslim (0,1,2,3,4,5,6,7,8,9...) belum wujud. Sistem angka Muslim ini dicipta oleh al-Biruni dan al-Khawarizimi pada kurun ke sembilan (Lihat laman web pada sebelah kanan atas untuk melihat biografi kedua-dua tokoh besar sains Islam)
.


Susunan al-Quran
.

Susunan al-Quran terus dikritik oleh golongan orientalis (mereka yang mengkaji Islam dengan niat untuk mencari-cari kesilapan Islam , kalau ada!). Antara yang dikritik mereka ialah susunan al-Quran yang mereka dakwa tidak bagus dan salah. Mereka berpendapat bahawa susunan al-Quran perlu disusun seperti mana ia diturunkan dan bukan seperti sekarang!
.
Microsoft Excel
.

Satu cara untuk menguji kehebatan al-Quran adalah dengan cara memasukkan bilangan ayat dalam setiap surah ke dalam Microsoft Excel. Ada dua cara memasukkan bilangan ayat setiap surah ke dalam Microsoft Ecxel. 1). Bermula dengan surah terakhir iaitu surah an-Nas. Bilangan ayat dalam surah an-Nas dimasukkan ke dalam sel pertama, bilangan ayat surah al-Falaq ke sel yang kedua, bilangan ayat surah al-Ikhlas ke dalam sel ketiga dan seterusnya sehingga surah al-Fatehah. 2). Cara yang kedua ialah dengan memasukkan bilangan ayat surah al-Fatehah ke sel pertama, diikuti oleh surah al-Baqarah, surah ali-Imran dan seterusnya.


.


Apabila Microsoft Excel diarahkan untuk membina Graf taburan, graf taburan yang diperolehi adalah seperti di bawah.






Susunan surah-surah al-Quran semenjak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. hingga sekarang dan sehingga Hari Qiayamah. Susunannya membentuk satu lengkungan yang besifat seperti terbalik.
Paksi Y ialah bilangan ayat, dari 3 ayat (ayat yang paling sedikit) kepada 286 ayat (ayat yang paling banyak). Paksi Y ialah yang menegak dan paksi X yang mendatar. Paksi X ialah nombor surah dari surah 114 hingga surah 1 sekiranya asalan graf ini di sebelah kiri dan sekiranya asalannya ialah di sebelah kanan, surah pertama ialah surah al-Fatehah.
Sekiranya koordinat disambung-sambungkan mengikut sistem yang betul, ia akan menghasilkan dua graf iaitu graf yang berbentu Allah dan Muhammad. Untuk melihat graf tersebut..sila baca entry ana seterusnya..

Friday, August 28, 2009

..Mari kita sama-sama "analisa" diri..(^_^)


lirik nasyid yg byk memberi byk hikmah pd diri kita semua..hayatilah bersama..
alunan dr kumpulan nasyid nostalgia..ShoutuL AmaL..
sama-samalah kita muhasabah diri...

Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

::MUTIARA HIKMAH::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::PENGUNJUNG SETIA::