When You Lost Your Way To Allah You Should Turn..As HE Promise HE will Always Be There

Tuesday, May 22, 2012

:: PERJALANAN ITU.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

Alhamdulillah..finally..23 Mei 2012, bersamaan 2 Rejab 1433h..

Bermulalah perjalananku sebagai seorang murabbi..insya Allah..

Semoga perjalananku dilindungi rahmat dan kasihn-nya..amin..insya Allah

Perasaan tika ini? Seakan bercampur-baur..kecewa?sedih?terkilan?

Redha akan takdir yang Allah swt tetapkan untukku..Allah’s always know what the best 2 me..(btl ke english ni..hihi)

:: syukur :: redha :: nikmat yang Allah swt berikan, fikirlah sedalam-dalamnya hikmah di sebalik apa yang 

terjadi..bukan merungut, mempertikai, benci atau lain-lain..

Apa-apa pun..usaha+doa+tawakal..alhamdulillah..! Thank u Allah!




Alhamdulillah for everything! 

•• Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat. .
•• Before you complain about your home - Think of those who dont have one. 
•• Before you complain about your shoes - Think of those who dont have feet...


Remember Allah in ease , Allah will remember you in difficulty.
Remember Allah in young Age , Allah will remember you in old age.
Remember Allah when you are healthy , Allah will remember you in sickness.
Remember Allah in free time , Allah will remember you while you are busy.
Remember Allah when you are Alive So Allah will remember when you are dead.





ليس كافياً أن تضع لنفسك أهدافا وإنما يجب أن تحققها. - مثل إيطالي

Tidak cukup untuk tetapkan matlamat tetapi mesti dicapai. - Seperti yang Itali




Sunday, May 20, 2012

::LANGKAH TERCIPTA ::

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

22 Mei 2012, 29 Jamadil Akhir 1433H, Ahad, 23:00 p.m

>>> 2 hari lagi <<<

Alhamdulillah..akhirnya khabar posting terjawab..sarawak..fikir-fikir balik macam xpercaya boleh sampai ke sana..terkilan?Sedih?Kecewa?
Wallahu’alam..ada hikmah..Allah swt tahu apa yang terbaik untuk diri kita..

~tak kisah mengajar di mana pun, susah ke senang ke itu suatu cabaran seorang guru, asalkan niat nawaitu lillahi taala..Allah swt akan permudahkan..insya Allah..~



Hati memujuk untuk lebih redha akan keputusan ini walaupun hakikatnya begitu sedih untuk meninggalkan tempat asal..duduk berjauhan dengan family..apa agaknya perasaan bila berada di sana nanti..moga Allah redha..~

Ya, amanah yang diberikan..jangan dipertikaikan, diremehkan,dipersoalkan..dah kata nak jadi cikgu, guru, murabbi..perlu sanggup mengajar di mana pun..rendah ke menengah ke xada bezanya..usah risau akan persepsi atau anggapan orang lain tentang kita..ada segelintir sahabatku yang akan dipostingkan ke sekolah rendah, tapi risau akan pandangan orang lain..Allahu rabbi..sabarlah sahabat..berjuang ini memang pahit, tapi ada manisnya..ikhlaskan niat kita untuk mendidik, dan bukan sahaja mengajar tetapi mendidik anak-anak bangsa..demi melahirkan biah yang soleh dan solehah..insya Allah..

Walhal. Bila difikirkan tanggungjawab itu sangat berat.. Daei tetap daei..kia sebagai seorang khalifah di muka bumi ini..bukan tergalas pada seorang guru sahaja, tetapi masyarakat lain..

23 Mei 2012, 2 Rejab 1433H, Rabu, bermula lah perjalanan ku sebagai seorang murabbi > Sarawak
moga selamat perjalanan ku pergi dan pulang..doakan ku sahabat-sahabat..harapan ku agar hati ini kuat untuk mengajar di sana..insya Allah..

Buat ibu, ayah..doakan perjalanan anakmu ini.. Terima kasih untuk segalanya..ampunkan segala salah silap anakmu ini.. (-_-)


..sekadar perkongsian..

"..REDHA (sabar + syukur) adalah ubat paling mujarab untuk merawat hati yang sedang berdukacita.."

Apabila kita redha pada sesuatu yang membuatkan hati kita sedih dan kecewa, yakinlah bahawa akan ada satu masa Allah pasti akan menggantikan kekecewaan dan kesedihan itu dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka atau dijangka, jika tidak di dunia semestinya akan diberi ganjaran di akhirat sana.

Kekadang Allah ingin melihat pengharapan dan pergantungan hati kita terhadapNya melalui ujian dan dugaan yang seringkali menimpa keatas hamba-hambaNya, ingin melihat bagaimana jiwa kita dalam menghadapinya.. Kerana bukan Allah tidak tahu betapa sengsaranya hati kita, bukan Allah tidak tahu betapa peritnya jiwa kita, sedangkan Dia yang telah menciptakan kita..

Namun Allah itu maha mengetahui dan Dia maha pemurah lagi maha penyayang. Kerana Dia tahu, sesungguhnya hati yang pernah 'dilapah' dengan penderitaan dan kesusahan, sangat mudah untuk mendekati dan menghampiriNya dengan permohonan dan rintihan kepadaNya.. SubhanAllah.

Thursday, May 17, 2012

:: HARI GURU 2012 ::

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

Selamat Hari Guru 2012

buat guru-guru yang telah mendidikku sehingga ke hari ini expecially buat ummiku tersayang..terima kasih untuk segalanya..


buat guru-guru yang sentiasa diingati..



~TASKI ABIM SERDANG 93-94
~SRI ABIM SG.RAMAL DALAM KAJANG 95-2000
~SAMSMEL 2001-2004
~SAMBBST 2005
~SAMTTAR 2006
~UPSI 2007-2011


Alahamdulillah..syukur tak terhingga atas dorongan,tunjuk ajar yang dicurahkan sehingga ana menjadi insan yang baik, solehah (insya Allah..) ^_^

dan akhirnya ana menjadi seorang guru..(akan terbang menaiki 'belon' ke sarawak..)

semoga Allah permudahkan urusanku..amin..insya Allah..!




:: Renung Sejenak ::



Guru terbaik kita...



Dialah GURU yang mendidik orang di sekelilingnya 24 Jam,

Dialah GURU yang menjadi rujukan orang ramai, tua muda, lelaki atau wanita,

Dialah GURU yang menjadi contoh ikutan sehingga kini,

Dialah GURU yang mendidik isteri dan anaknya di rumah,
Dialah GURU yang sentiasa merendah diri setiap kali mencurahkan ilmu,
Dialah GURU yang tidak pernah kenal erti putus asa,
Dialah GURU yang tidak pernah kenal erti ganjaran dan balasan,
Dialah GURU yang sanggup berkorban masa, tenaga, nyawa dan harta...

Rasulullah s.a.w... GURU TERBAIK KITA BUAT SELAMA-LAMANYA ♥


Tuesday, May 15, 2012

::SYUKUR ITU INDAH, SABAR ITU PERLU::

..Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

..Alhamdulillah..syukur atas nikmat yg diberi oleh-Nya..



Sabarlah

Dalam sabar ada maaf, 
Dalam sabar ada redha, 
Dalam sabar ada syukur, 
Dalam sabar ada usaha, 
Dalam sabar ada tawakkal, 
Dalam sabar ada taqwa, 
Dalam sabar tiada kedengkian, 
Dalam sabar tiada keluhan, 
Dalam sabar tiada putus asa, 
Dengan sabar hati jadi tenang dan makin dekat pada RobbMu.. Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar...

(Surah Al-Imran)


*************************



Kadang kala Allah tarik sesuatu daripada kita kerana Dia ingin berikan sesuatu yg lebih baik utk kita..

"Apabila kita REDHA pada sesuatu yg mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan mengantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yg tidak dijangka" . 


Insya'Allah SeNyUm~(o‿-) 



::MUTIARA HIKMAH::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::PENGUNJUNG SETIA::