Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..
22 Mei 2012, 29 Jamadil Akhir 1433H, Ahad, 23:00 p.m
>>> 2 hari lagi <<<
Alhamdulillah..akhirnya khabar posting terjawab..sarawak..fikir-fikir
balik macam xpercaya boleh sampai ke sana..terkilan?Sedih?Kecewa?
Wallahu’alam..ada hikmah..Allah swt tahu apa yang terbaik untuk diri
kita..
~tak kisah mengajar di mana pun, susah ke senang ke itu suatu cabaran
seorang guru, asalkan niat nawaitu lillahi taala..Allah swt akan
permudahkan..insya Allah..~
Hati memujuk untuk lebih redha akan keputusan ini walaupun hakikatnya
begitu sedih untuk meninggalkan tempat asal..duduk berjauhan dengan family..apa
agaknya perasaan bila berada di sana nanti..moga Allah redha..~
Ya, amanah yang diberikan..jangan dipertikaikan,
diremehkan,dipersoalkan..dah kata nak jadi cikgu, guru, murabbi..perlu sanggup
mengajar di mana pun..rendah ke menengah ke xada bezanya..usah risau akan
persepsi atau anggapan orang lain tentang kita..ada segelintir sahabatku yang
akan dipostingkan ke sekolah rendah, tapi risau akan pandangan orang
lain..Allahu rabbi..sabarlah sahabat..berjuang ini memang pahit, tapi ada
manisnya..ikhlaskan niat kita untuk mendidik, dan bukan sahaja mengajar tetapi
mendidik anak-anak bangsa..demi melahirkan biah yang soleh dan solehah..insya
Allah..
Walhal. Bila difikirkan tanggungjawab itu sangat berat.. Daei tetap
daei..kia sebagai seorang khalifah di muka bumi ini..bukan tergalas pada
seorang guru sahaja, tetapi masyarakat lain..
23 Mei 2012, 2 Rejab 1433H, Rabu, bermula lah perjalanan ku sebagai
seorang murabbi > Sarawak
moga selamat perjalanan ku pergi dan pulang..doakan ku sahabat-sahabat..harapan ku agar hati ini kuat untuk mengajar di sana..insya Allah..
moga selamat perjalanan ku pergi dan pulang..doakan ku sahabat-sahabat..harapan ku agar hati ini kuat untuk mengajar di sana..insya Allah..
Buat ibu, ayah..doakan perjalanan anakmu ini.. Terima kasih untuk
segalanya..ampunkan segala salah silap anakmu ini.. (-_-)
..sekadar perkongsian..
"..REDHA (sabar + syukur) adalah ubat paling mujarab untuk merawat
hati yang sedang berdukacita.."
Apabila kita redha pada sesuatu yang membuatkan hati kita sedih dan
kecewa, yakinlah bahawa akan ada satu masa Allah pasti akan menggantikan
kekecewaan dan kesedihan itu dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka atau
dijangka, jika tidak di dunia semestinya akan diberi ganjaran di akhirat sana.
Kekadang Allah ingin melihat pengharapan dan pergantungan hati kita
terhadapNya melalui ujian dan dugaan yang seringkali menimpa keatas
hamba-hambaNya, ingin melihat bagaimana jiwa kita dalam menghadapinya.. Kerana bukan
Allah tidak tahu betapa sengsaranya hati kita, bukan Allah tidak tahu betapa
peritnya jiwa kita, sedangkan Dia yang telah menciptakan kita..
Namun Allah itu maha mengetahui dan Dia maha pemurah lagi maha
penyayang. Kerana Dia tahu, sesungguhnya hati yang pernah 'dilapah' dengan
penderitaan dan kesusahan, sangat mudah untuk mendekati dan menghampiriNya
dengan permohonan dan rintihan kepadaNya.. SubhanAllah.
No comments:
Post a Comment