When You Lost Your Way To Allah You Should Turn..As HE Promise HE will Always Be There

Saturday, July 30, 2011

..::GENERASI MURABBI 2011::..




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..selawat dan salam buat junjungan Nabi S.A.W..

Alhamdulillah..dengan nikmat yang Allah S.W.T kurniakan,penantian selama 4 tahun kembara menimba ilmu di bumi barakah fi jam’iyati..syukur padamu ya Allah..akhirnya tamat sudah pengajian dengan jayanya..jazakumullah khoiron kathira buat keluarga yang hadir sama-sama meraikan kejayaan.. buat umi wa abi..terima kasih untuk segalanya di atas keprihatinan kalian dan kesusahpayahan mendidik diri ini..



tak dilupakan buat semua guru-guru terutama mursyid wa mursyidah jam'iyati yang mendidik diri ini dan batch kami agar terlahirnya generasi murabbi pertama..insya Allah..segala amanat,pesanan yang diberikan sangat bermakna buat diriku dan akan kami jadikan buat pedoman hidup..dan jua buat sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa diingati, kenangan bersama kalian akan terus mekar di hati ini..moga ukhuwah terus terjalin hingga ke syurga.. semoga kalian sentiasa dirahmati-Nya di dunia Akhirat..insya Allah..

masih terkenang detik-detik kenangan lalu, amanat terakhir yang diberikan pada malam majlis perpisahan batch kita:

antaranya...

Al-fadhil Ustaz Muhammad Akramin Kamarul Zaman:

“ Ingat pesan saya..kamu sume adalah contoh kpd batch berikutnya..”

Ustazah Wahibah H Tahir:

“Alfu Mabluk kepada anak-anak sulung major pendidikan Islam, anak ibu kandung suluh budiman.Moga sentiasa menyuburkan segala ilmu yang diperolehi dengan mujahadah dan tidak menjadi seperti golongan yang digambarkan oleh imam al-Ghazali dalam kitabnya Bidayatul Hidayah: Ramai orang yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah hidayah padaNya.”



buat ingatan untuk diri ini dan jua sahabat-sahabat...

Capailah sesuatu apa yg diimpi, tapi biarlah selari dgn kehendak Ilahi..Semaikan harapan mahupun impian, tapi biarlah seiring ikhtiar dan pergantungan pada Tuhan..Tiadalah tercapainya sesuatu yang diimpi, walaupun dengan sepenuh kudrat dan usaha sendiri, namun semuanya adalah kehendak dan izin Ilahi.."Jadi, tiada hak untuk berbangga diri kerna semua itu adalah izin Ilahi..~"

Jangan menghitung apa yang belum dimiliki atau hilang dari hidup kita, tapi hitunglah apa yang telah dan sedang kita kecapi dan miliki..Kerna mungkin insan lain masih tak memiliki yg apa sudah kita kecapi. InsyaAllah kita akan rasa bersyukur dengan pemberianNya.Penglihatan kita tanpa mata hati dijiwa, mudah melihat apa yang baik pada orang, namun sukar perasan apa yang sudah dimiliki~~Bersyukurlah~~


Wednesday, June 22, 2011

..::TIAP KETIKA HATI TERUSIK::..



..Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

..Alhamdulillah,diri ini berkesempatan meneruskan tinta di sini..

Syukur Alhamdulillah..pada Ya Rabbi masih memberi nafas dan dipanjangkan umur untuk terus hidup di Bumi Allah yang Barakah lagi indah..


Bila teringat-ingat kembali,terasa sukar untuk memaafkan tapi kerana lembutnya hati,tetap memaafkan walaupun hati disakiti.Tetap takkan membenci walaupun jiwa terluka...hati terdetik,mungkin ada pengajaran di sini untuk di'muhasabah’kan.

Untuk melupakan,mungkin mengambil masa, kata orang,"I'll draw you, then erase you...but I will remember you again"...dan kini cukuplah hanya do'a mengiringi kelukaan itu. Sejarah yang berlalu tetap berlalu.Dan dengan harapan agar cukuplah...tak perlu lagi hadir dalam hidup ini. Pergilah untuk selamanya.


'Belajarlah untuk memberi sebanyak-banyaknya tapi jangan terlalu menerima sebanyak-banyaknya.'

[Laskar Cinta]

Terkadang,bila kita cuba untuk berbuat baik,tak semestinya dibalas dengan baik juga.Kita kena menerima hakikat itu..Imam Asy-Syafi'e sendiri pernah berkata,
'Setiap orang dalam hidup ini ada peminat dan pembencinya.'

Adakalanya hati kita disakitkan,kita dikritik seolah-olah terlalu besar kesilapan kita...Mungkin terdetik di hati kita apabila diperlakukan sebegitu..

'Hina sangatkah aku ni?''Jahat sangatkah aku ni?'

Namun,jika difikirkan dengan lebih mendalam,pasti ada hikmah di sebaliknya.Mungkin apabila kita diperlakukan sebegini,Tuhan ingin mematangkan jiwa kita.Mungkin kita kena belajar menerima kritikan,cacian dan apa-apa saja untuk melatih kita menjadi insan berjiwa besar.

Hati pun menenangkan jiwa sendiri,

'Tak mengapa wahai diri.Terima saja kritikan dan penghinaan dengan hati terbuka.Teruskanlah langkah,jangan berhenti sebab Tuhan tahu niat dan tindak-tanduk kita.Yakin padaNya.DIA yang menentukan hidup kita,bukannya manusia.'

Mungkin bila hati kita terluka,kita menjadi insan yang lebih menghargai di masa akan datang.Kita lebih menghargai ungkapan insan lain,pemberian insan lain,luahan insan lain...

Mungkin bila hati kita terluka,kita mula mengenal apa itu erti kasih sayang...

Mungkin bila hati kita dilukai,kita mula mengerti bahawa tak semua orang dapat membahagiakan kita,tetapi selagi kita berusaha membahagiakan orang lain,kebahagiaan tetap akan datang pada kita suatu masa nanti...


"Kebahagiaan itu umpama kupu2.Jika dikejar,ia akan pergi.Jika dibiarkan,ia akan singgah di bahumu."

Mungkin bila hati menangis,baru kita mengerti bagaimana sakitnya hati insan yang pernah terluka sebelum ini...

Terima kasih hati,kerana engkau lebih mengerti tentang kehidupan ini.Diri ini tak tahu nak cakap apa,cuma tersenyum.Tak perlu kata apa-apa...

Take time to smile because it is a music of heart...
Selamat Malam Dunia...Semoga Ada Sinar Kebahagiaan Untuk Hari Esok...

'Dunia yang indah tak dapat dilihat,kecuali oleh orang yang selalu optimis dalam hidup dan individu bijak tidak akan membiarkan cinta menjadi racun hidupnya.'

Penutup: Carilah Penawar Di Setiap Kedukaan

tanpa kekecewaan hidup ni tiada indahnya ... tanpa kemanisan hidup ini juga tiada serinya ...yang paling penting jagalah iman ..jaga diri dan hiasa peribadi ..

andainya hari ini hati kesakitan ..cubalah tengok hari esok dan carilah ubat untuk setiap kelukaan itu ... kalau hendak berada di alam kemanisan ..bangunlah dan jauhi kelukaan itu ..bangun dengan penuh semangat dan berazam ...

Yang lepas biarkan ia berlalu...Kita teruskan hidup baru.kan hari esok masih cerah untuk kita?

hari ni aku jatuh ..hari esok aku akan cari penawarnya ~


~syukron for WARKAHBERSAMA~


Sunday, May 29, 2011

..::HARI GURU 2011::..




..Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang..
..Alhamdulillah,diri ini berkesempatan meneruskan tinta di sini..
Syukur Alhamdulillah..pada Ya Rabbi masih memberi nafas dan dipanjangkan umur
untuk terus hidup di Bumi Allah yang Barakah lagi indah..

bingkisan rindu ini dititipkan khas untuk semua guru-guru terutama bagi guru-guru yang pernah mendidikku, mengasuhku, sehinggalah pada hari ini..terima kasih juga pada ibu, ayah dan abah..sahabat-sahabat seperjuanganku di Jam’iyyati..semoga kalian semua najah fi din,dunia wal akhirah..

..begitu juga pada guru-guru di TASKA ABIM (93-94), SRI ABIM KAJANG(95-2000), SAMSMEL (2001-2004), SAMBBST (2005), SAMTTAR (2006) serta di Jam’iyyati (2007-2011)..dan juga guru-guru yang secara langsung atau tidak secara langsung yang mengajarku..dan juga buat sahabat-sahabiah yang bergelar guru..(^_^)
syukran jazilan..jasa kalian akan ku kenang..



asif jiddan,post kali ini tidak bertepatan pada tarikh oleh sebab perkara2 yang tak dapat dielakkan..apa yang menariknya sambutan hari guru pada tahun ni dapat dirasai sendiri (Alhamdulillah..)kerana ana sendiri bakal seorang ‘guru’ (Insya’ Allah..)dan baru sahaja menamatkan latihan mengajar di MAHISS..

..sekalung penghargaan..

syukron jazilan pada warga MAHISS..pelajar-pelajarku yang tersayang..1 Osman, 1 Abu Bakar, 1 Talhah dan 2 Umar..kalian sentiasa dalam doaku..bittaufiq wannajah fid dunia wal akhirah..aminn..!


..sambutan guru di MAHISS..^_^






acara bowling kelapa..lucu..huhu

syukron jazilan buat student2ku..


~..Buatmu Guru-Guru Yang disayangi..~

Pernah langkah ku payah

Menuju ke destinasi

Kerana malam gelap

Dan bintang hilang kerdipnya

Menjadikan arah ku keliru

Ke timur atau ke barat



Bagai lilin membakar diri

Menerangi kegelapan hati

Kau curahkan bakti dan budi

Jasamu tiada berganti



Namun tanpa rasa payah

Dia memimpin tanganku

Melangkah satu persatu

Dan mencipta jejak impian

Menjadikan arahku jelas

Aku harus ke hadapan



Oh..aku kini rindu

Pada satu nama yang berjasa

Tuhan, beri kekuatan

Untuk mendidikku selamanya

Ku pohon restu kasih-Mu

Ampunkanlah guru-guruku



Semalam ku lihat dia

Di bibirnya ada kalimah

Yang bergetar saban waktu

Sambil tangan menggenggam lilin

Lilin yang tiada terpadam

Menerangi hidupku kini




p/s:ada mood hari guru lg kn?huhu..^_^

Wednesday, May 4, 2011

::WAHAI SAUDARAKU...::

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Nabi S.A.W..




Saudaraku,


Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci..

Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa..

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak..

Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil..

Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya..

Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.

Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu..

Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu..

Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah..

Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu..

Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan..

Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya..

Usah hidup berpura-pura..

Ambil pengajaran dari masa silammu..

Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci..

..Hargailah dirimu..

Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk..

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….

bertaffakurlah….

dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa..

Tuesday, April 19, 2011

..::PEMERGIAN::..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Nabi S.A.W..

Innalillahi wa inna ilahi rooji’un..

Al-fatihah dan salam takziah buat keluarga saudara yang baru sahaja kembali ke rahmatullah petang semalam..(terimbau memori lalu..)

Perginya dengan syahid yang sungguh besar ganjaran pahalanya, berjuang demi anaknya sehingga akhir hayatnya..semoga allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..amin..



Pada 18 april 2011..bersamaan 14 Jamadil awal 1432h..

Tatkala baru sahaja selesai perkhemahan KAPA di pangsun, berita yang diterima sungguh mengejut dari seorang adik bahawa pemergian beliau..sangkaan ku anak dalam kandungannya..namun, rupanya ibunya pergi dahulu sebelum anaknya dapat diselamatkan..alhamdulillah..semoga kelahiran baru itu sebagai ganti atau hikmah yang lebih baik buat keluarganya..sendiri tidak tahu perancangan yang Allah sudah tetapkan dalam kehidupan kita..

Perasaan berbaur sedih tatkala menziarahi sebelum selamat dikebumikan..walaupun hanya mengenali sebentar cuma..ukhuwah yang dibina cukup memberi makna dalam diri ini..kesedaran, keinsafan bahawa ‘mati itu satu kepastian’..(bagaimana pula keadaan kita 1 hari nanti..?)

*********************************************************

Terkenang sewaktu kehilangan seorang ayah 6thn yang lalu..23 DISEMBER 2005..
rasa kehilangan itu sangat dirasai, sehingga semangat untuk teruskan hidup seperti tiada apa-apa makna lagi..hanya ibu menjadi pembekal semngat, dorongan dan sokongan untuk terus menjalani hidup..tanpa ibu, mungkin tidak sampai ke tahap apa yang dimiliki tika ini..alhamdulillah..ALLAH ITU MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG..DIA SEBAIK-BAIK PERANCANGAN UNTUK KITA..


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”


(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

  • Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang terjadi, menjadi kecil pada dirinya.
  • Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah S.W.T tanpa merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan perkataan lain, dia redha terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah S.W.T. Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.
  • Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain. Hal ini termasuklah kesabaran seseorang itu di atas kematian anak kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak ia akan menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) buat mereka yang menjadi ibu bapanya.
Dan Ummu Salamah r.a,disebutkn bhw Rasulullah s.a.w,pernah b'sabda:

"Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa musibah lalu dia mengucapkan:"Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali) dan berdoa:"Ya Allah,berilah aku ganjaran dr musibah yang menimpaku dan gantikn bagi ku sesuatu yang lebih baik darinya),melainkan Allah akan menggantiknnya dgn ssuatu yang lebih baik daripada yang telah tiada."

~Dr.'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni,La Tahzan/Jgn Bersedih~

Sunday, March 27, 2011

..::Pelajar UM Muncul Juara Akademi Al-Quran Musim ke5::..



PUTRAJAYA, 27 Mac — Penuntut Universiti Malaya, Mohd Syahriansyah Apin, 25, dinobatkan sebagai juara Akademi Al-Quran Musim Kelima pada pusingan akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam tadi.

Pusingan peringkat akhir yang disiarkan secara langsung oleh TV9 itu menyaksikan pelajar Fakulti Pendidikan Islam tersebut menewaskan tiga peserta lain iaitu Muhamad Nasir Mohamad Salleh, Mohamad Husaini Mahmur, Mohamad Salleh dan peserta tunggal wanita Suhailah Zulkifly.

Mohd Syahriansyah yang berasal dari Sabah membawa pulang hadiah utama dengan nilai keseluruhan RM150,000 yang turut meliputi wang tunai RM30,000, pembiayaan pengajian, senaskhah al-Quran bertinta emas, pakej umrah dan haji, serta perabot jati.
Sementara itu tiga peserta yang ditewaskan beliau, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM2,000, yuran pengajian serta pakej umrah dan haji.

Penyampaian hadiah dilakukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. -Bernama-




Maksudnya:"Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya."


Akademi Al-Quran merupakan signature program bagi TV9 dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton sehingga mencecah 1.5 juta penonton telah membuatkan program ini muncul lagi dengan musim kelima. Pada musim terbaru ini, AQ5 bakal menampilkan dua hos berpengalaman, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang juga merupakan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan Antarabangsa Al-Quran 2009 serta Mohd Zhafran Zainuldin yang juga merupakan adik kepada Ustaz Mohd Zamri Zainuldin. Kelebihan kedua-dua hos ini ialah mereka amat fasih berbahasa Arab. Akademi Al-Quran 5 akan menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam yang sudah pun bermula sejak 8 Januari 2011 yang lalu dan diterajui oleh penerbit Shukri Ibrahim dan penerbit eksekutif Nuraeshah Malik.

Tujuan diwujudkan rancangan ini adalah untuk melahirkan generasi Al-Quran dengan mendedahkan mereka mengenai ilmu pembacaan Al-Quran, menekankan elemen berlagu serta tarannum dan qiraat tertentu dan paling utama adalah menyemarakkan minat penonton terhadap ilmu Al-Quran melalui satu-satunya rancangan realiti berteraskan Al-Quran.

10 peserta Akademi Al-Quran musim ke-5:

1. MUHAMMAD ARIFF RAZALI, 15, PERAK
2. MOHD ZAKIUDDIN HJ HANAFI, 16, JOHOR
3. MUHAMMAD SHAMIL SHAIKHUDDIN, 17, KELANTAN
4. MOHAMMAD NAJMI BIN YASAK, 19, KEDAH
5. MOHAMAD HUSAINI MAHMUR, 19, NEGERI SEMBILAN
6. MUHAMAD AZLAN SYAH ZAKARIA, 20, PERAK
7. KHAIRUL AMIN HJ KASSIM, 21, KEDAH
8. MUHAMAD NASIR MOHAMAD SALLEH, 21, SELANGOR
9. SUHAILAH ZULKIFLY, 22, MELAKA
10. MOHD SYAHRIANSYAH APIN, 25, SABAH

AQ5 yang menjadi signature program bagi TV9 ini juga memberi peluang kepada 10 pesertanya untuk menjalani aktiviti mingguan menarik yang mungkin tidak pernah mereka lakukan sebelum ini seperti bertemu secara peribadi tokoh agama yang dihormati YBhg Tan Sri Hassan Azahari, melawat Les Copaque iaitu syarikat yang bertanggungjawab “melahirkan” kartun animasi terkenal Malaysia iaitu Uipn & Ipin dan banyak lagi.

Kelahiran program realiti Akademi Al-Quran terbitan TV9 sejak 2006 ini telah berjaya meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran secara taranum dengan bimbingan daripada mereka yang pakar dalam bidang tajwid dan qiraat. Selain daripada peserta dapat mendalami ilmu Al-Quran, para penonton juga bertuah kerana dapat berkongsi pembacaan Al-Quran menerusi penerangan dan bimbingan tenaga pengajar dan juri dalam setiap rancangan tersebut.

Sehingga kini, 4 qari hebat telah ditemui iaitu Anuar Hasin yang dinobatkan sebagai Juara bagi AQ1, Abdullah Fahmi Che Nor sebagai Juara AQ2, Fakhrul Radzi Khamaruddin sebagai Juara AQ3 dan baru-baru ini Juara AQ4 menjadi milik Ahmad Tirmizi Haji Ali.

AQ5 yang mempunyai 12 episod ini turut menampilkan tiga juri berpengalaman dan pakar di dalam bidang tertentu seperti Ustaz Nazeri Abdullah (qiraat) dan Ustaz Radhi Kamarul Hailan (tarannum) yang sememangnya telah menjadi juri tetap program ini dari musim pertama. Sementara Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar pula merupakan juri baru yang akan memantau tajwid dan fasohah para peserta kelak.

Menariknya musim kelima ini, penonton berpeluang untuk mengenali 10 bakal peserta AQ5 menerusi Nota AQ5 yang akan disiarkan selama tiga minit pada setiap Isnin hingga Jumaat iaitu pada jam 7.57 pagi dan ulangannya pada 10.57 malam. Penonton akan bersama-sama peserta menimba satu pengalaman baru di mana menerusi segmen ini, ia mengupas tentang perkara seharian yang kita lakukan selama ini yang secara tidak langsung memberi kesan di dalam kehidupan harian kita. Contohnya berkaitan pemakanan, pembacaan dan pentafsiran Al-Quran.

Sementara itu, Di Sebalik AQ5 juga turut diperkenalkan pada musim ini dan akan disiarkan selama setengah jam pada setiap Jumaat pada jam 6.30 petang. Menarik tentang Di Sebalik AQ5 ini, penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas tarannum, tajwid dan qiraat dan juga perkara-perkara yang berlaku di dalam kelas.

Teruskan menonton Akademi Al-Quran pada musim akan datang menerusi stesen TV9, saluran Di Hatiku..insya Allah..

Semoga program realiti keagamaan seperti ini terus bertapak di negara kita, selain itu program Imam Muda di Oasis Astro turut menarik minat hati ana yang berjaya menarik perhatian media antarabangsa..alhamdulillah..

::MUTIARA HIKMAH::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::PENGUNJUNG SETIA::