When You Lost Your Way To Allah You Should Turn..As HE Promise HE will Always Be There

Sunday, March 21, 2010

SELAMAT HARI LAHIR ADIKKU SAYANG..


Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

Alhamdulillah, buat adik bongsuku Ahmad Syarifain bin md saad..

Selamat hari lahir buat adikku tersayang..yang ke-8..

..21 Mac 2002..5 Rabi’ul Akhir 1431H..

Kak cik wakilkan dari family..mendoakan kesejahteraan untuk adik yang kak cik sayang sangat-sangat..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..dilimpahkan rahmat dari Kasih-Nya..aminn..insyAllah..

Moga adik dipermudahkan dalam setiap apa yang adik lakukan..jangan hampakan harapan mak,ayah dan abah..kami semua sayang adik..adik adalah harapan kami sekeluarga..jangan naka-nakal duduk kat rumah..jangan malas-malas..kak cik tahu adik seorang yang pandai,bijak..

Ingat pesan kak cik ni..walaupun coretan ni adik tak dapat nak baca..tapi kak cik di sini sentiasa mendoakan kejayaan adik di mana jua adik berada..sebenarnya,sepatutnya minggu ni kak cik balik kampung, jenguk mak, abah dan adik dan semua..kak cik rindu sangat pada adik, dan family semua..nak sambut hari lahir adik sama-sama..tapi kak cik terpaksa tangguhkan ada kerja perlu diselesaikan di sini, tapi hari ini kak cik rasa sedih sangat sebab tak balik..ada suatu hari mak telefon, mintak kak cik balik, tapi kak cik tak boleh..dan minggu ni pun kak cik cakap benda yang sama..mesti mak sedih..tapi, kak cik dah mintak maaf..harap-harap dapat balik cuti study week nanti..insyAllah..

Buat adikku syarifain yang disayangi dan dirindui selalu..

Saat berlari tanpa pesan,beza wajah wasilah insan..umur ini Cuma pinjaman,harum buana itulah tujuan..aksara hidup beralas senyuman..hilang usia itulah ingtan..moga dirimu tak lupa janji Tuhan..tawa semalam tinggal kenangan..

Khabar esok hanya impian,tika inilah detik ujian,moga indah debu jalanan..Di Hari Lahirmu..ku nyanyikan puisi rindu,tanda kasih sepanjang waktu,biar dipisah jarak beribu,frasa Jannah hadiah buatmu..Allah selamatkan kamu..!!

Doa dan harapan kak cik di sini..moga adik sentiasa dalam keadaan sihat walafiat..

Berjaya di dunia dan akhirat.. menjadi anak yang soleh..

Aminn..insyAllah..!!

Wednesday, March 17, 2010

::Peliharalah Perjuanganku.....::




~..Secebis kalam buat ingatan:Iman itu tidak pernah hadir di saat hati menyenangi dunia, ia juga takkan lahir dari hati yang telah dihiasi dengan keindahan harta tetapi iman itu terbit tika malam semakin pantas menyingsing waktunya.Mencari dan tercari sekeping hati yang menangisi dosa-dosanya yang membelenggu diri di saat hati menyembah ke bumi sementara teman-teman lain terus lena mencari mimpi yang menghijab diri dari Nur Ilahi..~

~..Sedarlah Teman, waktu terus berlalu, penantian takkan berakhir sia-sia..perjalanan hidup adalah pencarian jati diri sendiri..adakah iman atau sebaliknya yang dikau cari..itulah janji yang dipateri kerana tiada golongan ketiga sudah pasti..hanya iman dan kufur terbahagi..Moga kita tergolong dalam iman di hati, bukanlah kufur menguasai diri..~

"Makin diikat bahtera diri kepada Ilahi, makin kuat ribut taufan
melanda..Biar rebah diwaktu getir, jangan sampai AQIDAH SUCI kita goyah.Biar tersungkur luka berdarah bila dugaan menimpa, jangan sampai IMAN tergugat.Biar diri terbuang, teruskanlah berjuang..Bukan namanya hamba, andai hidup dlm kemungkaran, bukan namanya insan andai hidup dalam kezaliman dan bukan namanya perjuangan andai hidup tiada kesusahan dan penderitaan~

~Adakah kita mempunyai nilai kemanusiaan tika ada insan lain dtindas & dizalimi, sedangkan kita hidup gembira melayan kehidupan hingga seringkali lupa mereka?Adakah kita hanya muslim pada nama sahaja andai diri tidak mengambil berat pada saudaranya yg ditindas & dibunuh di luar sana?Sedangkan muslim itu bersaudara..Layakkah kita bergelar muslim andai bersifat demikian..Tiada alasan tidak dapat membantu, kerana DOA masih ada~



......Dalam satu kesempatan Imam Hassan Al-Banna telah berucap:

" ...Demi sesungguhnya kamu akan diuji dalam harta dan jiwa raga kamu sendiri. Kamu akan dengar kata nista yang banyak dari ahli-ahli kitab sebelum kamu (Yahudi dan Nasrani) juga kepada orang-orang yang menyekutukan Allah. Sekiranya kamu sanggup bersabar dan bertaqwa, maka itulah yang paling utama.."



" Dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjuki jalan-jalan kami itu."

[SURAH AL-ANKABUT : 69]

" Kami telah mendengar dan kami telah mentaati. Kami mohon keampunan-Mu, wahai Tuhan kami, dan hanya kepada Engkau tempat kembali"

[SURAH AL-BAQARAH: 285]

"..Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agama ALLAH) dan sabarlah kamu dalam perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu (dalam barisan perjuangan) dan bertakwalah kamu kepada Allah, moga-moga kamu mendapat kemenangan.."

[SURAH AL-'IMRAN: 200]



"..Indah Islam kerana Tuhannya Yang Maha Esa..Indah perjuangan kerana mujahadah yg berterusan..Indah hati kerana budi pekerti..Indah jiwa kerana akhlak mulia..Indah amalan kerana istiqamah tanpa jemu didada...Indah kebajikan kerana keikhlasan..Indah lisan kerana pertuturan sopan..Indah diri kerana aurat dijaga berhati-hati..Kesimpulannya, segala-galanya indah kerana syari'at yang dibawa Islam.."
~..Jadi, andai mahukan yang indah, ikutilah ketetapan ISLAM..~

Friday, March 12, 2010

::PERGINYA ULAMA' BESAR SHEIKH MUHAMMAD SAYYID TANTAWI::


11 MAC 2010, 25 RABI'UL AWAL 1431H

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.


Sheikh Al-Azhar meninggal dunia

KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi, seorang tokoh kontroversi di Mesir meninggal dunia semalam di Arab Saudi kerana diserang sakit jantung semasa menaiki sebuah pesawat, kata satu kenyataan akhbar.

Menurut agensi berita Mena, Sheikh Dr. Mohamed yang merupakan ketua Universiti Al-Azhar di Mesir berada di Riyadh untuk menghadiri anugerah Raja Faisal.

Syeikh Dr. Mohamed yang berumur 81 tahun itu menaiki sebuah pesawat pada awal pagi apabila beliau diserang sakit dan jatuh di tangga pesawat, lapor sebuah stesen televisyen Mesir.

Beliau kemudian dihantar ke Hospital Amir Sultan di Riyadh apabila doktor-doktor mengumumkan kematiannya.

Seorang pegawai Mesir memberitahu agensi berita AFP bahawa Sheikh Dr. Mohamed meninggal dunia kerana serangan jantung.

Menurut seorang anak lelakinya, Amr tantawi, berita kematiannya itu merupakan satu kejutan.

"Pihak keluarga memutuskan bahawa selepas tuhan memilihnya untuk meninggal dunia di tanah Arab Saudi, beliau akan dikebumikan di kawasan perkuburan Al-Baqie di bandar suci kedua, Madinah," katanya.

Sheikh Dr. Mohamed dilantik menjadi ketua Universiti Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996.

Universiti Al-Azhar ditubuhkan pada abad ke-10 Masihi.

"Dunia Islam dan Arab telah kehilangan seorang ahli cendiakawan yang telah mendedikasikan kerja-kerjanya dan kepada setiap perkara yang mempunyai kebaikan untuk Islam, " kata Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan.

Ulama yang bercakap dengan nada lembut itu dan mempunyai janggut yang dinipiskan kerap dilihat memakai serban tradisi Universiti Al-Azhar yang berwarna putih.

Beliau merupakan tokoh yang kontroversi di Mesir.

Fatwa yang dikeluarkan melibatkan pelbagai topik seperti niqab, pengguguran bayi, serangan berani mati, wanita sebagai ketua solat dan berkhatan di kalangan wanita.

Namun, fatwa yang dikeluarkannya itu kerap mencetuskan perdebatan dalam dunia Islam.

Kebanyakan pihak menganggap beliau sebagai seorang kakitangan pemerintah yang berpindah ke Universiti Al-Azhar dengan tugas untuk menyebarluaskan budaya dan agama Islam di seluruh dunia sejajar dengan dasar pemerintah mesir.

"Beliau merupakan ketua Al-Azhar yang paling lemah kerana Sheikh Dr. Mohamed menganggap dirinya sebagai seorang kakitangan kerajaan," kata seorang penganalisis politik dan Islam, Kamal Habib.

Pada Oktober tahun lalu, satu perdebatan hangat berlaku selepas beliau melarang niqab iaitu pakaian yang menutup seluruh wajah perempuan di semua sekolah dan kediaman yang bersekutu dengan Universiti Al-Azhar kecuali di kelas yang mempunyai guru lelaki.

Banyak fatwa yang dikeluarkannya turut menjadi kontroversi.

Pada 2003, beliau menyatakan serangan berani mati ialah musuh kepada Islam.

Sheikh Dr. Mohamed turut menyatakan pelampau merupakan musuh kepada Islam.

Selepas serangan 11 September 2003, Sheikh Dr. Mohamed berkata: "tidak ada keberanian dalam apa jua cara untuk membunuh seorang individu yang tidak bersalah atau membunuh ribuan orang termasuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak."

Beliau turut menolak desakan ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin laden berhubung satu perang jihad menentang Barat.

Baru-baru ini, satu majlis yang diketuai oleh ulama-ulama Islam yang diarahkan oleh beliau pada Januari lalu menyokong pembinaan halangan bawah tanah di sempadan Gaza, Palestin bagi menghalang penyeludup membawa barangan.

Pembinaan sekatan bawah tanah itu mencetuskan kutukan daripada pemimpin-pemimpin Hamas yang menguasai Gaza.

Sekatan bawah tanah itu ialah bagi menghalang barang-barang seperti makanan dan minyak termasuk senjata diseludup masuk ke Gaza.

Pada 2008, beliau mencetuskan kontroversi kerana berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Peres pada satu persidangan agama.

Sheikh itu yang mempunyai tiga anak dilahirkan pada 1928 di kampung Salim di wilayah Sohag kira-kira 290 kilometer ke selatan bandar raya Kaherah.

Pada 1966, beliau lulus dari Fakulti Teologi, Unievrsiti Al-Azhar. - AFP

Berita lanjut

klik di sini


Tuesday, March 2, 2010

:: BUATMU SAHABAT::



..Temanku..
Sekian lama telah ku nanti saat ini,
Sabar dan redha menjadi pendampingku setiap kali hadir emosi itu,

..Teman..
ku berdoa agar kau fahami segala yang tersurat di hati ini,
Namun sering kali ku terbenam
dalam kekalutan dan keresahan
kerana sesungguhnya kau akan mengerti nanti,

Teman..
Harapanku agar kau bahagia selalu,
doa dan tulus hati ini sentiasa menginginkan semangat jihadmu tetap abadi,

Temanku,
maafkan aku kerana tidak ada upaya untuk terus disisimu,
Dalam mencari bening-bening taQwa,
Aku sendiri terpenjara dalam dunia ciptaan sendiri,

Temanku,
Ketahuilah,aku masih setia disini,
Menanti ...
Dan menunggu saat dan waktu
untuk bersama kita tarbiyah dan fahami
erti sebuah perjuangan yang menuju cinta haQiQi dan Abadi,

Pintaku,
Teruskan perjuangan,
Jangan sesakali kau berhenti,
IstiQamahlah dan tegarlah
menghadapi segala cabaran dalam kehidupan ini.

Akhirnya,
Saat yang ku pasti nanti tiba jua,
Walaupun kini tak seindah dulu,
tapi ku bersyukur,
kerana penghujungnya,impian dan mimpiku
menjadi kenyataan dan ketahuilah,
keyakinanku tak pernah pudar..

..Salam ukhwahfillah buatmu temanku..

Gerakkan langkahmu bersama,
..Doa dan harapan tinggi agar terus berada di atas arena perjuangan suci ini...

"..Orang yang hidup untuk Perjuangan tidak akan merasa pendek dengan umurnya, kerana umurnya sepanjang perjuangan yang akan berterusan.."

~SYED QUTB~





::MUTIARA HIKMAH::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

::PENGUNJUNG SETIA::