When You Lost Your Way To Allah You Should Turn..As HE Promise HE will Always Be There

Tuesday, May 3, 2016

:::AL-FATIHAH ..::



Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

selawat dan salam buat junjungan Nabi SAW..

Allhumma solli 'ala muhammad wa 'ala aalihi wasah bihi wasallam..

Allahu Rabbi.. 090416 bersamaan 1Rejab 1437hijrah..

tepat jam 0545 a.m,.ukhtiku sayang kembali ke Rahmatullah..
alfatihah buat kakak innalillahi wa innailaihirojiun..



berita yang kuterima mungkin tak sama dirasa oleh ibu yang mengandung dan menjaga dari kecil hingga ke besar ini..berat mata memandang berat lagi bahu nk memikul..andai orang boleh selami perasaan kami dan keluarga..takkan ada suara2 atau pertanyaan bertalu-talu tatkala berita yang tak dijangka ini dikhabarkan pada mereka..cukup doa dan hadiah al-fatihah dari kalian..

maaf...kami bukan berkasar dan kami hanya perlu sokongan dan doa dari kalian..biarlah kisah itu menjadi sejarah dan tinggal kenangan..

ALLAH..kali kedua berita mengejut ini kuterima..tapi sampai ke hari ini masih belum terasa kehilanganmu kak..seoalah-olah dirimu masih ada di sisi kami..

"rindu aku sangat rindu kamu..terasa saja kau masih ada di mataku...namun jua daku xmelupakan kamu disaat daku terjaga dari tidurku.." biarlah setiap kali ingatan ini muncul ku harap hanya Allah yang kuingati selalu..moga haiah hadiah ini sampai

YA ALLAH..BIARLAH RASA KEHILANGAN DAN KERINDUAN INI KAU GANTIKAN DENGAN HIKMAH YANG KAMI BELUM KETAHUI..MOGA ADA CAHAYA HIKMAH KAN MENYINARI SUATU HARI NANTI..aamin in shaa Allah..!!!

.."kini..tinggal lah kenangan..yang tak dimungkin dapat dilupa..semusim telah berlalu..air mata mengiring lesu.."


Tuesday, May 6, 2014

::Kenangan Itu::

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah..





Alhamdulillah masih lagi diberi nafas untuk hidup di bumi barakah ini..

lama rasanya dah tak update blog ni..atas faktor internet dan kesibukan kerja..

pejam celik pejam celik dah dekat dua tahun mengajar  di SMKAL..23 Mei 2012 until..??

menyimpan 1000 kenangan pahit dan manis.......

moga terus diberi kekuatan untuk terus berkhidmat selagi masih ada di sini..










Wednesday, December 5, 2012

::LA TAI'ASU::

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih



Selawat dan salam buat junjungan Nabi SAW



Selagi kita senyum orang tak akan tahu yang di dalam hati kita adanya luka. Sampailah suatu saat kita dah terlalu sakit, kita akan menangis juga :') 


tabahlah wahai hati


"Saat kita merasa lemah, pandanglah langit luas. Bukankah hidup kita dalam genggaman sang Pencipta langit ?"

Astaghfirullahal’azim..




Saturday, October 6, 2012

~Rahmat Ujian~

..Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

..Selawat dan salam buat junjungan Nabi S.A.W..




……..dipetik dari Novel Tauhid, Sebarkan Cinta-Mu karya Fatimah Syarha Mohd Noordin.


“Anakku sayang..membanding-bandingkan tidak akan menambahkan kegembiraan. Ia hanya menambahkan derita. Positif dengan ujian dan terus memasang harapan, itu yang akan membahagiakan. Dalam hidup ini kita akan berhadapan dengan ramai orang yang tidak seperti kita harapkan,” kata Ibu Dhiya’.

“Mengapa begitu?” Diranie peming memikirkan hikmah hidup.

“Supaya kita belajar erti memahami, erti mendoakan,erti menyelesaikan, erti meningkatkan diri kita dan diri orang lain. Hanya ada satu kuasa cinta yang dapat memujuk dan memahami kita saat menghadapi ujian ini, tidak lain tidak bukan Allah SWT,” jawab Ibu Dhiya’.

Diranie dan Sarra sama-sama mengangguk. Masing-masing jauh menyelam ke dalam realiti hidup masing-masing.

“Ibu Dhiya’, saya tidak faham, sekiranya Allah sayangkan kita, mengapa dia menguji kita?” Luah Diranie.

“Jika Allah tidak menguji, bagaimana dia akan memberikan bukti kepada kita, siapa yang layak mendapat kedudukan tinggi dan sebaliknya di akhirat nanti?hidup tanpa ujian ibarat belajar tanpa peperiksaan. Semua orang akan bersikap sambil lewa dan sukar mengenal pasti siapa yang berkualiti dan siapa tidak,” jawab Ibu Dhiya’.

..kisah di atas banyak memberi kesedaran bahawa ujian dari Allah swt adalah tarbiyyah buat hamba-hambanya yang terpilih..supaya hati kita kuat dan terus tabah menempuh hidup..dan tatkala hadir resah dalam hati menguji kesabaran dan keimanan…


“..Lupakah kamu pada pesan Nabi yang sangat mengiburkan, ‘Barangsiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan kedukaannya, menyelesaikan semua masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.’



Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma,
Itu jelasnya membuktikan
 Allah mengasihimu setiap masa…
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya…

~Rahmat Ujian-Mestica~





Saturday, June 16, 2012

:: SUATU KETIKA DI SMKAL ::

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat junjungan Nabi S.A.W
Alhamdulillah..syukur atas nikmat yang diberi..

Hari ini, 16 Jun 2012..sudah masuk 3 minggu berada di borneo..
Pengalaman?Xdapat diceritakan dengan kata-kata..hanya yang terpilih sahaja yang tahu apa,bagaimana perasaan dan pengalaman hidup di sini..

Limbang? Sungguh,ana xpernah terfikir untuk sampai di sini..hanya sekadar angan-angan2 semata-mata.. Sewaktu taklimat di kuching,ada juga terfikir."hmm,kalo dapat limbang,boleh g brunei..huhu" dan akhirnya..! Allah swt makbulkan apa yang ana impikan..(kononnya..huhu)

Walhal,sepatutnya ana posting di smka igan,mukah..namun,takdir Allah itu mengatasi segala-galanya..hanya sebab tersalah tiket ke limbang..maka, ana haruslah di transfer ke smka limbang..huhu..redha,pasrah..perasaan masa 2 xtahulah nak cakap macam mana,sedih?Gembira?Buat-buat happy..huhu

Ana terus kuakan hati ini,hingga sampai di sini..alhamdulillah, ada banyak hikmahnya ana berada di sini..suasana sekolah di sini sangat berbeza di semenanjung..walaupun agak jauh dari Bandar (ala,setakat 15mnit perjalanan) tidaklah jauh mana..biasa2 aja..^_^

 ..dataran SMKAL..

11 Jun 2012
Hari pertama melapor diri sebagai seorang guru, murabbi..hmm,perasaan teruja,xsabar,seronok,nervous n macam-macam lagi..saat diperkenalkan sebagai guru baru oleh PK1 kepada pelajar..masing-masing kelihatan seronok..yela kan dapat cikgu baru..huhu

Maaf,post kali ini agak santai sikit..harap dapat terimalah walaupun xseberapa..asif jiddan..komen anda adalah dialu-alukn..huhu

Ok la,then..jadual waktu xdapat lagi..tunggu punya tunggu..last2 ana dapat 1 tugasan buat teks hiwar untuk ihtifal nanti..harapan  masa 2 mcm dapatlah pergi skali..buat punya buat..xjadi jugak..sampailah hari rabu..baru diberitahu kena latih budak yang masuk hiwar..adoilaa,keje lasa minit ni yang  xbest..alhamdulillah teks hiwar 2 dapat disiapkan dengan bantuan seorang sahabatku yang sangat mahir bahasa arab..tq wani..syukron jazilan..jazakillah..hanya Allah swt yang dapat membalasnya..aminn

Then, bayangkan..2hari lagi nak ke smka igan..barulah dapat latih hiwar..kesian,terkilan sangat2..harap2 semuanya berjalan dengan lancar..insya Allah..dan hari ini adalah penentu siapa yang menang dan kalah dalam pertandingan sempena Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah SABK/SMKA/KAA Peringkat negeri Sarawak 2012..all the best..bittaufiq wannaj buat kontijen SMKA Limbang..!

..nice view dari dewan makan SMKAL..

12 Jun 2012

Dapat jadual waktu..!Masa nak balik lepas seat-in a.k.a relief waktu last..huhu..alhamdulillah dapat mengajar P.I f2, PQS f4,f5..guru kelas 5S..hehe..gembira sangat2..alhamdulillah Allah swt itu xakan bebankan apa yang sesuai dengan kemampuan kita..yakinlah dengan ketentuannya..

Satu perkara yang ana amat tertarik adalah, budaya pelajar di sini sangat menghormati cikgu..alhamdulillah ana sangat2 kagum..tapi biasalah ranking pelajar di sini xsama macam smka di semenanjung..katakanlah kita nk drive xboleh guna gear 3 terus..kena gear satu je..faham-faham sendirilah..so,maknanya mengajar biar mereka dapat walaupun sikit..dan bukan sebab nak habiskan silibus..itu pesan PK1 sekolahku..huhu
Dan yang paling penting,ana dapat belajar bahasa limbang..!Huhu..pelik2 je perkataan mereka guna..lucu..

“cekgu,kitak menagjar kamik ka?”Kitak dari mana?
 Kitak mengajar apa?”“cekgu,makan gulaian ka?”

 Paling kelakar, suatu ketika di kelas 4c..


Cekgu, muka cekgu sama macam cikgu azra laa..huhu 
cikgu: yang mana ye cikgu azra? 
Student: ala,yang cantik2 2 cekgu..huhu
Cikgu: ohh,isteri cikgu firdaus ye..hihi..gelak sorang2
Student: kan cekgu?Hehe
Cikgu: mana ada,xsama la kamu ni..pandai2 je..
Student: sama la cekgu..cuba cekgu sneyum sikit..senyum sikit..haha
Cikgu: kurang asam punye student..nantilah kamu..(dalam hati..sabo jela..)

Tapi..kelas 4 sains 2..lain pula ceritanya..

Cekgu : ok,cekgu mahu kakmu perkenalkan diri masing-masing..nama,asal mana
Student: ala,cekgu taaruf la dulu..huhu
Cekgu: ok,lupa pulak..hehe..nama ustzah bla bla…..ok, sekarang giliran kamu pula ye..

Sembang punya sembang..ada seorang student ni..

Student: ustazah,ustzah hawar ka..?
Cekgu: apa 2 hawar..?Ustazah nda paham 2..
Student: senyum2..hmm,hawar 2 malu la ustzah..hihihi
Cekgu : (dalam hati..) Ai,budak2 ni..kuat tul ngusik cikgu baru..malu pulak rasenya..
pas ni xleh malu2 la..pelaa kan..huhu

Ok la 2 jela dapat ana share serba sedikit selama 3 mInggu di limbang..apa yang ana boleh katakan perasaan 2 bersyukur kerana menjadi insan yang terpilih untuk mengajar di sini..jika nak dibandingkan dengan orang lain..bukan senang nak rasa pengalamam di tempat orang..expecially sabah Sarawak..sesungguhnya mereka ini lah yang akan menjadi corak masyarakat pada masa akan datang..jika kita sebagai guru,siapa lagi yang mahu mendidik mereka..sungguh ana perhatikan mereka seperti kurangnya kasih sayang,dan ini mungkin sedikit penyebab mereka kurang semangat untuk belajar..dan ana akan cuba buat  yang terbaik dan termampu untuk mendidik mereka..insya Allah..

Doakan ana dapat menjadi seorang murabbi yang disenangi..Insya Allah..

Akhir kata..

::4 perkara dalam pesanan Imam Al-Ghazali::

Sentiasa senyum, sebut nama pelajar,baik hati,pujian pada murid..


‘ala kulli hal..asif jiddan atas post yang biasa2 aje..sekadar perkongsian..



Tuesday, May 22, 2012

:: PERJALANAN ITU.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

Alhamdulillah..finally..23 Mei 2012, bersamaan 2 Rejab 1433h..

Bermulalah perjalananku sebagai seorang murabbi..insya Allah..

Semoga perjalananku dilindungi rahmat dan kasihn-nya..amin..insya Allah

Perasaan tika ini? Seakan bercampur-baur..kecewa?sedih?terkilan?

Redha akan takdir yang Allah swt tetapkan untukku..Allah’s always know what the best 2 me..(btl ke english ni..hihi)

:: syukur :: redha :: nikmat yang Allah swt berikan, fikirlah sedalam-dalamnya hikmah di sebalik apa yang 

terjadi..bukan merungut, mempertikai, benci atau lain-lain..

Apa-apa pun..usaha+doa+tawakal..alhamdulillah..! Thank u Allah!




Alhamdulillah for everything! 

•• Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat. .
•• Before you complain about your home - Think of those who dont have one. 
•• Before you complain about your shoes - Think of those who dont have feet...


Remember Allah in ease , Allah will remember you in difficulty.
Remember Allah in young Age , Allah will remember you in old age.
Remember Allah when you are healthy , Allah will remember you in sickness.
Remember Allah in free time , Allah will remember you while you are busy.
Remember Allah when you are Alive So Allah will remember when you are dead.





ليس كافياً أن تضع لنفسك أهدافا وإنما يجب أن تحققها. - مثل إيطالي

Tidak cukup untuk tetapkan matlamat tetapi mesti dicapai. - Seperti yang Itali




::MUTIARA HIKMAH::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::PENGUNJUNG SETIA::