When You Lost Your Way To Allah You Should Turn..As HE Promise HE will Always Be There

Monday, January 31, 2011

..::KEMELUT KRISIS DARURAT DI MESIR, SELAMATKAN PELAJAR MALAYSIA!::..

Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung. Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan. Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie. Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi. Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.


7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita






Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923


Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia


8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.


Wednesday, January 26, 2011

..:AMALAN YANG DIBAWA SELEPAS MATI:..


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:

(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.

(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.

(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.

Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-masing.

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.


Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.


Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya"

Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.





Friday, January 14, 2011

..::BUATMU SAHABAT::..



14 Januari 2011, 9 Safar 1432H. Jumaat..


Sabda Rasulullah s.a.w..

Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.) “siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat(Tarmizi)

Berkata Imam Al-Ghazali:

"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah, bertenang dalam menanggung kepahitan, sifat sabar terbentang dalam dadamu, lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal, rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja, namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum, perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal, pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut, siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai, malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan, Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan...


..Buatmu Sahabat yang sentiasa dihati ini..

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Sebuah Pertemuan~UNIC~



Takdir kadang-kadang mempertemukan sesuatu yang tak diundang, menduga dalam bermacam ragam,memberi apa yang tak dirancang, mrmbuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan dan takdir juga membuatkan kita rasa kehilangan,namun takdir memberi kita erti perkenalan, menyulam erti ksih sayang, mengenali erti sebuah persahabatan,merasai erti kegembiraan, mengenali sbeuah ketabahan dan memberi erti sebuah keakraban,memberi peluang menilai siapa sahabat, kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan..moga redha ilahi mengiringimu, biarkan Iman dan Taqwa menuntun jiwa dan semngat kita dalam onak duri khdupan sebelum bertemu Pencipta..insya Allah..


********

Dan..

Kepadamu kukirimkan salam terindah
Salam sejahtera para penghuni syurga
Salam yang harumnya melebihi kasturi
Sejuknya melebihi kasturi
Sejuknya melebihi embun pagi

Salam hangat sehangat
Sinar mentari waktu dhuha
Salam suci sesuci air telaga kautsar
Yang akan diteguk akan menghilangkan dahaga
Selama-lamanya

Salam penghormatan kasih dan cinta yang tidak
Pernah pudar dan berubah dalam peristiwa..
Semoga dirimu dilindungi dan diredhai oleh Allah selalu....



Thursday, January 13, 2011

..::PEMERGIAN SAHABAT::..

la tahzan Pictures, Images and Photos

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Selawat dan salam buat junjungan Nabi S.A.W..

Tanggal 13 Januari 2011..bersamaan 8 Safar 1432H..tepat jam 7.05 a.m,seorang sahabat bernama Muhammad al-Fadil Zulkifli bin Muhammad al-Yahya telah meninggalkan kita..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..insya Allah..AL-FATIHAH..

Allahu Rabbi,berita yang tak disangka-sangka..kata-kata terakhir dan nasihat yang sering diberi rupanya tanda-tanda bahawa beliau akan pergi selamanya..

Walaupun hanya mengenali dari jauh, namun terasa hubungan sesama saudara Islam tetap tidak terputus..hanya doa dapat kupanjatkan pada ilahi..salam takziah buat keluarga beliau..

Moga Allah s.w.t beri kekuatan untuk menghadapi dugaan ini, dan jua pada sesiapa yang mengenalinya terutama keluarganya yang tercinta..wallahu’alam..

Sama-sama kita doakan….insya' Allah..

Sabda Nabi s.a.w:

"Allah telah mentakdirkan segalanya dan apa yang Ia kehendaki pasti akan terjadi" (al-Hadith)

Sabda Nabi s.a.w. lagi:

"Terimalah dengan penuh kerelaan dengan apa yang Allah telah berikan kepadamu, nescaya kamu menjadi manusia yang paling kaya" (al-Hadith)

~..MATI itu satu peringatan..~

Saturday, January 8, 2011

..::SYUKURLAH SELALU::..


Selawat Tafrijiyyah
Amalkan selalu..segala urusan dipermudahkan-Nya..Insya' Allah..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Selawat dan salam buat junjungan Nabi S.A.W..


Alhamdulillah..dengan nikmat yang Allah S.W.T pinjamkan pada diri ini, setelah seminggu diberi kesakitan denga n ujian,dugaan yang cukup memberi erti kehidupan sebenar sebagai seorang khalifah di muka bumi yang cukup indah lagi barakah..

Syukran jazilan terutama pada keluargaku, terutama umi wa abi..di atas keprihatinan kalian dan kesusahpayahan untuk membantu membimbing diri ini..dan tidak dilupakan pada sahabat-sahabat yang sentiasa berada di sisi tika susah dan senang..semoga kalian sentiasa dirahmati-Nya di dunia Akhirat..insya Allah..

Doaku moga ujian yang diberi dapat mematangkan diri dan memantapkan lagi IMAN,TAQWA dalam diri dan bukan lagi dilihat dengan sebelah mata, tanpa melihat hikmah di sebaliknya..SubhanAllah.. bersyukur selalu...

Firman Allah S.W.T yang maksudnya:

"Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"

(Surah Ibrahim:7)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.”

(Bukhari)

Dari Abdullah, katanya “Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:

“Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata: “Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”

(Muslim)

::MUTIARA HIKMAH::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

::PENGUNJUNG SETIA::